Scha Elinnea bengang dipaksa kerja walaupun dapat MC

Scha Elinnea bengang dipaksa kerja walaupun dapat MC

Pelakon Scha Elinnea bengang dengan keputusan pihak produksi yang menggesanya hadir ke set penggambaran drama walaupun sedang sakit.

Pemilik nama sebenar Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 23, itu berkata, pihak produksi memintanya untuk hadir dan berehat di set walaupun mendapat sijil cuti daripada doktor.



“Produksi mana yang tahu pelakon sakit demam panas sampai menggigil-gigil dan tetap menyuruh pelakon datang ke set.

“Doktor ada bagi cuti selama dua hari untuk berehat tetapi pengarah tidak benarkan dan minta rehat di set sahaja,” ujar Scha melalui hantaran InstaStorynya.

Bagaimanapun, Scha bertindak merahsiakan nama pihak produksi tersebut.

Pada masa sama, dia berasa kesal apabila ada pihak yang memerlinya secara terang-terangan dalam ‘group’ WhatsApp drama tersebut.



Pelakon drama Kerana Aku Isteri Bidaan itu menegaskan dia juga mahu menghabiskan penggambaran secepat mungkin, namun tergendala kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Sewaktu bangun tidur, saya tengok dalam ‘group’ ada manusia-manusia yang memerli saya.

“Memang saya nak habiskan kerja ini secepat mungkin tapi sakit ini bukan saya yang minta,” ujarnya dalam nada kesal.

Situasi tersebut membuatkan Scha hilang sabar kerana berada dalam persekitaran yang toksik.



Kesihatan mentalnya juga terjejas akibat sering berada bawah tekanan pihak produksi tersebut.

“Kalau nak cakap saya melewatkan penggambaran? Selama ini yang membuat semula penggambaran hampir satu episod itu salah siapa?

“Saya sudah hilang sabar dan mental pun penat. Orang tengah sakit jangan lagi tambahkan sakit orang,” tambahnya. K Online

Scha Elinnea bengang dipaksa kerja walaupun dapat MC




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker