Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya
Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya
Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff mengharapkan kehadiran dua cahaya matanya, Nor Ismalina dan Mohd Alif agar menziarahinya sempena Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.
Isma Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, 60, berkata, dua anaknya sudah lama tidak bersamanya dan terlalu merindui mereka.
“Sebelum ini, mereka sudah renggang dengan saya. Pernah saya hubungi mereka, tapi panggilan tak berjawab.
“Tak tahu apa masalahnya. Nak kata ada salah, memang tiada.
“Saya tak pernah marah mereka. Dengan isteri pun tak pernah. Tak tahu kenapa benda ini terjadi.
“Tuhan sudah aturkan begini. Saya pula kena tanggung mak selagi hayatnya masih ada dengan keadaan lumpuh,” katanya.
Isma berkata, isteri pernah tinggal bersamanya dulu, namun berselisih faham dengan ibunya.
“Jadi, anak-anak ikut isteri. Saya pun tak kisah,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon filem Kembar Siam pada 1989 itu mengakui kesilapannya dan tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi.
“Sebelum ini, kami tak tinggal dengan mak. Anak sulung perempuan kini sudah berkahwin, jadi tanggungjawab saya dah lepas.
“Anak kedua bersama isteri di Perak. Saya tak marah dengan anak sulung, tapi kecil hati dengan suaminya.
“Sebabnya dia sebagai khalifah mesti ada tanggungjawab dalam perkara ini.
“Sempena Syawal saya doakan yang baik-baik dan rumah tangga kekal hingga ke jannah.
“Semoga hati mereka terbuka. Datang sahaja bila-bila masa. Saya pun tak marah apa-apa,” katanya.
Bercerita mengenai perkembangan kesihatannya, Isma yang pernah ditidurkan di Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung, paru-paru dan diserang angin ahmar pada Disember lalu berkata, kesihatannya semakin beransur pulih.
“Dulu saya pakai tiub dan cakap pun susah nak faham. Sekarang bercakap pun makin okey.
“Saya buat terapi di rumah dengan bantuan adik, Shamsidah Ismail.
“Mei depan barulah saya kena jumpa doktor semula. Shamsidah uruskan saya dan mak. Dia sanggup berkorban walaupun ada keluarga sendiri,” katanya yang ditemani Shamsidah pada program Raikan Ramadan anjuran Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie dan isteri, Datin Seri Norazlin Abu Bakar dari Fazil Group di Restoran Haslam, semalam.
Antara artis turut hadir, Zaiton Sameon, Mak Jah, A Galak, Ebby Yus, Roy Ratnaku, Zack Taipan, Paparock dan Dollah Cantek. BH
Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya
Baca Artikel Menarik:
- Pemain EPL Dikesan Memiliki Darah Malaysia
- Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh
- Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah
- Najib mohon jalani tahanan rumah
- Jamal Abdillah jual daging lembu
- Jaafar Onn meninggal dunia
- Saya Panglima UMNO Sabah, takkan berundur dan kekal bertanding dalam PRN – Bung Moktar
- Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan [VIDEO]
- ‘Spiderboy’ keluar ikut tingkap ketika van sekolah sedang bergerak [VIDEO]
- Menteri mahu MCMC ambil tindakan terhadap Aliff Syukri
- Mufti Perlis disanggah Ustaz Ali Muda
- Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen
- Diva AA tuntut bayaran dan permohonan maaf penganjur Fiesta Raya Baling
- Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu
- Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir
You must be logged in to post a comment.