Calon PH Itu Bukan Calon Heavyweight ‘Itu Adalah Nama Biasa’ – Amad Faizal

Calon PH Itu Bukan Calon Heavyweight ‘Itu Adalah Nama Biasa’ – Amad Faizal

Perikatan Nasional (PN) tidak menganggap beberapa nama yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR untuk bertanding di kerusi Parlimen Perak sebagai calon ‘heavyweight.’

Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bagi PN, individu yang diumumkan hanya nama-nama biasa dan ia sedikitpun tidak mendatangkan kebimbangan kepada gabungan politik itu.



“Walaupun PKR anggap calon-calon yang diletakkan untuk bertanding di Perak itu sebagai ‘heavyweight’ tetapi pada kami, itu adalah nama biasa dan kami yakin dengan calon yang ada dalam kalangan kepimpinan PN di Perak.

“(Calon) Kami tidak ada kurangnya dan kami akan memperkenalkan manifesto negeri Perak untuk ditawarkan kepada seluruh rakyat Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas calon ‘heavyweight’ iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz yang akan bertanding di Parlimen Pasir Salak dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Bagan Datuk pada PRU ke-15.

Ditanya mengenai keyakinan beliau berdepan calon Perdana Menteri PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Perak berkata Presiden PKR itu perlu menubuhkan kerajaan terlebih dahulu bagi membolehkannya menyandang jawatan tersebut.

“Apa-apa pun perlu berjaya tubuhkan kerajaan dahulu untuk jadi Perdana Menteri tetapi kalau dia harapkan kerjasama daripada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri, itu terpulang kepada dia.



“Pada saya, kami mengamalkan kerja secara berpasukan, tidak bawa seorang calon tetapi pasukan… pasukan Tambun yang akan menawarkan perkhidmatan kepada pengundi… Kita semua boleh bermimpi tapi biarlah mimpi yang pijak realiti …tapi nampaknya dia memang harap kerjasama daripada parti lain untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Himpunan Jentera PN Kedah yang turut disertai Pengerusi PN negeri berkenaan iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pada himpunan itu, Ahmad Faizal turut memaklumkan Bersatu akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen manakala PAS di lapan kerusi di Kedah.– BERNAMA

Calon PH Itu Bukan Calon Heavyweight ‘Itu Adalah Nama Biasa’ – Amad Faizal



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker