Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’

#PRU15

Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’

Umno tidak akan mengulangi kesilapan memilih calon yang merasakan diri mereka “lebih besar” daripada perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook, presiden Umno itu mengakui menjadi tugas mencabar untuk pemimpin tertinggi parti membuat keputusan, namun ia perlu digalas bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali”.

“Insya Allah, ‘Top Five’ Umno akan pastikan calon yang dipilih nanti pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak berkepala besar, berani mempertahankan Umno daripada diperlekehkan, tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri.

“Selain (itu) mempunyai sokongan akar umbi yang kuat tanpa mengira tempat bertanding,” katanya.

Tanpa menamakan sesiapa, Zahid berkata, apabila Parlimen dibubarkan, ada dalam kalangan wakil rakyatnya “baru sedar” bahawa segala yang dinikmati mereka adalah disebabkan mereka ahli Umno, bukannya ahli parti lain.

“Mana-mana berkepala besar, berasa dirinya lebih besar daripada perjuangan parti sewajarnya tahu kedudukan dirinya,” tegas Zahid.

Tambahnya, pemilihan yang tepat amat perlu bagi memastikan tiada suara sumbang yang mengkritik Umno selepas PRU nanti.

Sementara itu, Zahid berkata, banyak perkara yang telah dipelajari Barisan Nasional (BN) pada PRU 2018 yang menyaksikan mereka tewas.

Bagaimanapun, katanya, perkara utama yang dipelajari ialah “kesedaran mengenai erti kesetiaan terhadap parti”.

“Ketika itulah BN diuji, apabila ramai pemimpin Umno lari lintang pukang menyelamatkan diri. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi pengkhianat parti, terdapat juga menjauhkan diri daripada Umno,” katanya.

Menurutnya lagi, pembersihan dalaman Umno berlaku secara automatik apabila golongan oportunis dikenal pasti melalui sikap, kenyataan dan tindak tanduk mereka.

“Sekurang-kurangnya ini dapat menjadi petunjuk arah penting dalam konteks pemilihan calon BN,” katanya. FMT

Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker