Mahkamah bebaskan Shafee atas tuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan peguam Shafee Abdullah daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Hakim, Jamil Hussin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie apabila gagal membuktikan bahawa dua keping cek – satu bernilai RM4.3 juta dan satu lagi RM5.2 juta – adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Hakim berkata, saksi pihak pendakwaan sendiri hanya menunjukkan bahawa cek telah dimasukkan ke dalam akaun Shafee, di mana tertuduh sendiri tidak menafikan menerima wang tersebut.

“Pihak pendakwaan gagal menunjukkan bahawa wang ini adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang,” kata Jamil.

Hakim itu juga berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan sebarang bukti predikat bahawa Najib atau orang lain dikaitkan dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Untuk membuktikan bahawa RM4.3 juta dan RM5.2 juta itu adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, pihak pendakwaan mesti membuktikan aktiviti menyalahi undang-undang di mana wang itu diperolehi.

“Saya dapati daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa tiada bukti mengenai mana-mana kesalahan predikat (kesalahan asal) melibatkan RM4.3 juta dan RM5.2 juta,” kata Jamil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala Shafee diwakili peguam bela Harvinderjit Singh.

Ketika ditemui media selepas prosiding itu, peguam veteran itu melahirkan rasa terima kasih kepada mahkamah serta pasukan pembelaan.

Shafee berkata dia juga berharap pihak pendakwaan tidak akan merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

“Alasan (Mahkamah Tinggi) sangat kukuh dan beberapa alasan adalah di bawah Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram), terutamanya sama ada transaksi (menerima cek daripada Najib) tertakluk di bawahnya atau tidak,” kata Shafee.

Shafee sebelum ini didakwa melakukan pengubahan wang haram apabila menerima RM9.5 juta daripada Najib dan membuat pengisytiharan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pendakwa raya menutup kesnya pada 12 Mei selepas memanggil lapan saksi dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei 2021.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib Razak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam veteran itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker