Semua serba mahal di Israel

SEORANG penduduk Israel yang hanya mahu dikenali sebagai Talia kelihatan agak janggal apabila membeli-belah di sebuah pasar raya yang menawarkan harga diskaun di Baitulmaqdis bagi memenuhi keperluan orang Yahudi ultra-Ortodoks.

“Saya tiada pilihan selain datang ke sini,” kata jururawat berusia 32 tahun itu kepada AFP yang meminta nama penuhnya tidak didedahkan ketika dia membincangkan masalah kewangan keluarganya dalam keadaan harga makanan melonjak di Israel.

Talia bimbang tentang keperluan memberi makanan kepada dua anaknya walaupun dia dan suaminya yang memperoleh pendapatan dengan membaiki perkakas-perkakas rumah dan bekerja dengan kuat termasuk pada syif malam dan hujung minggu.



“Kami tidak boleh melakukannya lagi,” katanya dalam nada kecewa ketika mengisi trolinya dengan bungkusan pasta sambil mengelak membeli barangan yang lebih mahal.

Ia adalah masalah biasa bagi berjuta-juta penduduk Israel yang telah mengalami kenaikan harga pengguna selama bertahun-tahun namun mereka gagal mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada era pertumbuhan ekonomi pesat didorong oleh ledakan teknologi tinggi.

Sebahagian besar negara-negara di dunia telah mengalami inflasi yang tinggi sejak tentera Rusia menyerang Ukraine bermula pada 24 Februari lalu sehingga mengakibatkan kenaikan harga tenaga dan makanan.

 



Ramai penduduk Israel mengelak beli barangan yang mahal. - Foto AFP
Ramai penduduk Israel mengelak beli barangan yang mahal. – Foto AFP

 

Namun, di Israel harga 400 gram tuna dalam berharga sekitar 30 shekel (RM40.288) manakala Tel Aviv dengan harga hartanahnya melambung tinggi telah disenaraikan sebagai bandar raya termahal di dunia oleh majalah The Economist pada tahun lepas sekali gus menyebabkan kemarahan yang memuncak mengenai kos dan ketidaksamaan pendapatan.

Rami Levy iaitu pemilik rangkaian pasar raya popular memberitahu AFP bahawa jualannya meningkat 15 peratus sepanjang tahun lalu kerana golongan berpendapatan sederhana semakin mencari makanan yang lebih murah.

“Berikutan kenaikan harga, penduduk yang dahulunya mampu membeli-belah lebih dekat dengan rumah datang kepada kami kerana mereka tahu ia lebih murah,” kata Levy.



Seorang pelanggan pasar raya milik Levy iaitu Ayelet Benshoshan berjalan-jalan di laluan di bawah papan tanda berwarna terang bagi memberitahu diskaun untuk timun, daging dan tuna dalam tin selain menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis barang yang beliau dan keluarganya berhenti membeli.

Ibu lima kepada lima anak itu memberitahu, dia dan suaminya yang juga seorang pekerja penyelenggaraan hampir sukar untuk mengatasi kenaikan kos hidup. Katanya, “Saya membuat lebih banyak barangan di rumah terutamanya roti dan kek untuk mengelak daripada membelinya.”

Hanya beberapa hari sebelum pilihan raya umum berlangsung pada 1 November depan, Benshoshan menyuarakan harapan bahawa ahli-ahli politik akan menjadikan kesukaran kelas pertengahan untuk menempuh kos hidup sebagai tumpuan pada masa hadapan.

BEKERJA KERAS



“Saya ingin mereka memikirkan kita yang bekerja keras dan gajinya tidak dinaikkan, mempunyai anak, membayar cukai dan telah menjalani perkhidmatan awam atau tentera. Kami berhak mendapat kehidupan yang lebih mudah. Kami adalah kelas pertengahan yang benar-benar terkesan. Saya harap mereka akan mendengar kami,” katanya.

Aron Troen yang mengajar di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Hebrew Baitilmaqdis menegaskan bahawa walaupun keluarga kelas pertengahan menghadapi tekanan untuk mendapatkan makanan, pemakanan sihat juga kurang mampu dibeli.

“Apabila terdapat inflasi yang tinggi dalam harga makanan dan gaji tidak mengikut rentak, kelas pertengahan perlu berbelanja lebih bukan sahaja untuk makanan tetapi untuk sewa, pengangkutan, gas dan pendidikan,” katanya kepada AFP.

Beliau menyatakan bahawa ramai keluarga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan yang sihat dan orang ramai menukarkan apa yang mereka makan termasuk kualitinya dan kemudian mula melangkau makan atau hanya anak-anak mereka dapat menjamah makanan.



AMBIL RISIKO

Ramai penduduk Tel Aviv juga telah mengambil risiko undang-undang dengan menyewakan pangsapuri mereka tanpa kebenaran daripada tuan tanah, menggandakan pendapatan untuk menjadikan mereka lebih baik semasa berpindah sementara ke luar negara, menurut orang dalam perniagaan tersebut.

Terdapat juga trend yang mana semakin meningkatnya penduduk Israel menyewakan apartmen mereka bagi memperoleh wang dan sanggup tinggal di negara asing yang mempunyai kos hidup lebih murah buat sementara waktu.

“Kami melihat ramai penduduk yang menyewakan apartmen mereka sebagai satu cara untuk menjimatkan wang dan membiayai perjalanan ke luar negara,” kata Michal Cohen iaitu seorang veteran dalam perniagaan itu kepada Xinhua.



“Masalah yang kami hadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah segala-galanya sangat mahal dan harga barang yang terus meningkat,” katanya.

Ramai penyewa apartmen-apartmen melalui cara itu terdiri daripada pekerja yang baru dipindahkan dan para pelajar pertukaran dan mereka yang rumahnya sedang dalam pengubahsuaian.

Salah seorang penduduk Yahudi, Maayan Shalhov yang terlibat menyewakan apartmennya mampu mendapatkan penyewa dengan cepat sekali gus membolehkan dia terbang ke Itali yang mempunyai kos sara hidup jauh lebih murah berbanding Israel. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker