Ong Tee Keat adalah orangnya, kini sertai Warisan mahu rampas kembali Pandan

PETALING JAYA: Bekas presiden MCA, Ong Tee Keat telah menyertai Warisan selepas berehat selama lima tahun daripada politik.

Beliau berkata kemunculannya kembali didorong kemelut politik negara sejak beberapa tahun kebelakangan dan dibuat atas desakan Presiden Warisan Shafie Apdal.

“Saya kembali sebagai ‘orang baharu’ yang banyak pengalaman,” katanya dalam temu bual bersama Sin Chew Daily.

Bercakap mengenai kemelut politik di negara ini sejak beberapa tahun lalu, Ong berkata beliau kecewa kerana beberapa ahli politik tidak mempunyai prinsip dan goyah dalam pendirian mereka.

Beliau juga kecewa kerana belanjawan persekutuan sejak pentadbiran Muhyiddin Yassin telah menjadi “tidak seimbang”.

Kekecewaan menjadi berganda adalah disebabkan perjanjian politik antara pembangkang dan kerajaan Ismail Sabri Yaakob, yang dilabelkannya sebagai “merugikan diri sendiri”.

“Adakah ini yang pengundi mahukan? Saya tidak fikir begitu,” katanya kepada akhbar harian itu.

Ong berkata, jika diberi peluang, beliau ingin bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang pernah diwakilinya.

Beliau adalah Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 selepas berkhidmat empat penggal dari 1989 sebagai Ahli Parlimen Ampang Jaya, di mana Pandan kemudiannya dikeluarkan.

Beliau berkata banyak perubahan berlaku di kawasan Pandan sejak beliau meninggalkan kawasan itu, dengan penduduk memberitahunya tidak ada perayaan diadakan untuk memupuk perpaduan seperti yang pernah beliau anjurkan ketika menjadi Ahli Parlimen.

Ong pernah bersama MCA selama 28 tahun dan meletak jawatan pada 2017 kerana ingin menjadi “warganegara biasa”.

Beliau pernah menjadi menteri pengangkutan pada 2008 dan sebelum itu beliau pernah menjadi timbalan menteri belia dan sukan serta timbalan menteri pengajian tinggi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker