Safiyyah dijumpai di Klang

Safiyyah dijumpai di Klang

PARIT BUNTAR: Remaja 12 tahun, Nur Safiyyah Mohd Syukri yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui selamat di Klang, Selangor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd Arshad, berkata susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa semalam, polis melalui bahagian risikan serta bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berjaya menemukan mangsa pada jam 2 pagi tadi dan dibawa ke IPD Kerian untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga.



“Berdasarkan siasatan polis Orang Hilang (OH) ini dipercayai pergi ke Klang dengan menaiki bas seorang diri hingga Terminal Bersepadu Selatan, Sungai Besi.

“OH kemudiannya menaiki Grab menuju ke rumah rakan di Klang yang baru dikenalinya sebulan yang lalu di Facebook.

“Pihak polis berharap masyarakat tidak menimbulkan spekulasi negatif yang boleh mengeruhkan lagi keadaan serta tidak menyebabkan maklumat yang tidak benar sehingga mencetuskan kegusaran kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan polis mendapati punca OH berbuat demikian berikutan merajuk dan tidak berpuas hati dengan tindakan kakak dan ibunya yang sering menegurnya.



Sementara itu, ibunya Misiah Sahar, 35, mengesahkan anaknya selamat dibawa pulang ke rumah jam 3 petang tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Pihaknya bersyukur anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Pihak keluarga amat berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang prihatin dalam membantu kami mencarinya,” katanya dihubungi.

Terdahulu media melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau.



Kanak-kanak terbabit disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 7 malam dan dipercayai keluar dari pintu rumah atas dengan membawa beg pakaian dan wang tunai kira-kira RM200. BH

Safiyyah dijumpai di Klang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker