PH guna media baharu ‘rosakkan’ pengundi muda Melayu – Hadi

PH guna media baharu ‘rosakkan’ pengundi muda Melayu – Hadi

Pakatan Harapan (PH) menggunakan pengaruh media baharu untuk “merosakkan” pengundi muda Melayu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang sambil memberi amaran perkara itu tidak boleh diremeh-temehkan.

Beliau mendakwa, sebahagian besar perbelanjaan media baharu itu ditaja oleh kalangan yang menguasai ekonomi dari dalam dan luar negara.



“Perkara ini menunjukkan suatu bentuk ‘penjajahan’ baharu terhadap tanah air kita,” katanya di Facebook.

Hadi berkata, PAS menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan PH kerana ramai dalam kalangan parti itu yang tidak beriman dan bermoral, mengumpulkan kumpulan pemberi dan penerima rasuah.

“Islam menegaskan bahawa pemberi rasuah itu lebih besar dosa dan laknatnya daripada penerima rasuah, walaupun kedua-dua pihak dilaknat dengan keras.

“Namun, pemberi rasuah masih diselamatkan daripada tindakan undang-undang, khususnya ketika PH memerintah dalam jangka masa yang pendek,” katanya.



Katanya, sudah tiba masanya semua pihak berpadu tenaga membanteras amalan rasuah agar tidak terus merebak, dan seterusnya menjadi “pandemik yang merosakkan generasi anak cucu kita”.

Ogos lalu, Hadi mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman,” katanya. FMT

PH guna media baharu ‘rosakkan’ pengundi muda Melayu – Hadi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker