Netizen Persoal Status Agama Suami Dr Amalina

“Ur Husband Muslim Or Not?”

Netizen Persoal Status Agama Suami Dr Amalina

Personaliti media sosial yang juga merupakan seorang pakar bedah, Dr Amalina Bakri sebelum ini mendapat perhatian orang ramai apabila keluar bersiar-siar selepas hanya empat hari melahirkan anak sulungnya, Arabella Mia.

Baru-baru ini, pakar bedah kelahiran Malaysia itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menjawab pertanyaan daripada pengguna media sosial mengenai status agama suaminya, Alexander Charles.

Menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram, seorang pengguna mempersoalkan sama ada suaminya merupakan seorang Muslim atau tidak.

Hi Dr Amalina, suami awak muslim atau tidak? Bagaimana pula dengan bayi awak?

Tampil menjawab pertanyaan, Dr Amalina menjelaskan bahawa suaminya sudah memeluk Islam sejak dua tahun yang lalu dan mereka telah melangsungkan pernikahan di Masjid Central London.

Apa punya soalan macam ni, astaghfirulallahalazim… suami saya sudah masuk Islam 2 tahun lepas dan kami bernikah di masjid Central London

Dalam pada itu, pakar bedah yang kini menetap di United Kingdom itu menitip pesanan kepada orang ramai supaya tidak bersangka buruk terhadap orang lain, sebaliknya mendoakan kebaikan kepada mereka.

Janganlah suka bersangka buruk pada orang lain. Tak susah pun doakan kebaikan kepada orang lain. Bn

Netizen Persoal Status Agama Suami Dr Amalina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker