Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama

 

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dengan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat Bersatu pada Khamis, Muhyiddin berkata, PN mengambil keputusan untuk menghadapi PRU15 dengan parti komponen sedia ada.

“Tak ada langsung perbincangan (dengan GTA)… kita putuskan untuk meneruskan atas inisiatif gabungan sedia ada sahaja.

“Bukan tak nak bekerjasama tetapi kita putuskan untuk buat apa yang kita susun sejak awal, masing-masing akan teruskan dengan agenda PN, bukan PN Plus dan sebagainya,” kata beliau.

Dalam masa sama, Muhyiddin menafikan dakwaan terdapat perbincangan yang belum dimuktamadkan dengan GTA kerana beberapa isu yang belum selesai.

“Saya tak tahu di mana ada perundingan kerana ia tak sampai ke peringkat tertinggi. Bagi saya, ia tak penting kerana di peringkat parti tak ada perbincangan rasmi, mungkin ada hajat sahaja,” tambah beliau.

Terdahulu, Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan rundingan dengan PN sedang berjalan untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk kemungkinan memastikan calon mereka tidak bertindih.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berharap rundingan tersebut dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hari dari sekarang.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan PN telah berjaya memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen PN dan ia akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

“Kita sudah buat peraturan setiap kawasan, bilik gerakan dan operasi adalah atas bumbung PN.

“Kita akan keluarkan arahan agar parti komponen saling membantu, ini untuk memperkukuh langkah jentera kita dan paling penting dapat kemenangan ikut kawasan masing-masing,” kata Muhyiddin lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker