GTA beri tempoh dua hari untuk PN putuskan keputusan kerjasama

#PRU15

GTA beri tempoh dua hari untuk PN putuskan keputusan kerjasama

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan rundingan antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) masih berjalan.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan itu tidak melibatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



“Rundingan dgn PN masih berjalan kerana ada masalah sikit yang belum kita putuskan.

“Kita setuju untuk adakan apa jenis kerjasama. Kita tentulah sesuaikan calon itu supaya tidak bertindih calon Pejuang dengan PN.

“Walaupun demikian kita sudah tentu beberapa kawasan yang kita telah tetapkan siapa yang akan bertanding,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air), hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut memberi masa dua hari kepada PN untuk memuktamadkan kerjasama dengan GTA.



“Kita bagi tempoh dua hari sebab kita akan putuskan segalanya pada 2 November depan,” katanya.

Jelas Dr. Mahathir, rundingan dengan PN melibatkan tiga wakil daripada GTA iaitu beliau; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

“Di pihak PN adalah Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Perbincangan antara kedua-dua pihak itu tidak melibatkan Muhyiddin Yassin,” kata Marzuki dalam sidang media sama. MG



GTA beri tempoh dua hari untuk PN putuskan keputusan kerjasama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker