Jangan terpengaruh janji yang tak dapat ditepati – Zahid

#PRU15

Jangan terpengaruh janji yang tak dapat ditepati – Zahid

Anak muda Malaysia usah terpesona sehingga terpedaya dengan kelicikan musuh politik Barisan Nasional (BN) yang menggunakan pendekatan populis semata-mata mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji manis untuk anak muda pada PRU-14 yang hanya propaganda meraih undi perlu dijadikan iktibar.



“Janji mansuh hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan percuma sepenuhnya, mahu bawa kumpulan muzik tertentu ke Malaysia.

“Konon akan wujudkan sejuta pekerjaan, ‘bawa pulang’ rakyat bekerja di Singapura dan banyak lagi. Saksikan juga ketidakstabilan dibawa lawan BN kepada negara sepanjang mereka diberi peluang jadi kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pengundi muda perlu memastikan kestabilan dan kemakmuran kembali terbentuk demi masa depan mereka.

Beliau berkata, anak muda perlu sentiasa mengingati yang Malaysia sangat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh lagi berkemampuan dari sekarang.



“Dunia diramal berdepan kemelesetan ekonomi global pada tahun 2023 oleh banyak badan antarabangsa. Berbanding gabungan politik lain, Insya-Allah BN dengan pengalaman mentadbir negara mampu mendepaninya.

“Tanpa kerajaan yang kukuh, stabil dan berkemampuan, golongan muda antara yang paling terjejas. Peluang pekerjaan dan kerjaya untuk mereka semakin terhad. Peluang memiliki kediaman semakin terkesan,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata, BN kembali berfungsi sebagai sebuah pasukan tanpa ugutan dan tuntutan politik sekiranya menang mutlak membentuk kerajaan sekali gus memudahkan usaha membentengi rakyat daripada impak kemelesetan ekonomi global.

“Ramalan kemelesetan ekonomi dunia berbaki beberapa bulan selepas PRU-15. Buatlah pilihan yang tepat pada PRU-15 yang amat penting dalam menentukan hala tuju negara,” katanya. Utusan



Jangan terpengaruh janji yang tak dapat ditepati – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker