Guan Eng mahu saman Tajuddin
Guan Eng mahu saman Tajuddin
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung kenyataan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak itu yang disifatkan sebagai menyentuh sentimen perkauman.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Tajuddin dalam satu program wacana anjuran sebuah akhbar pada 18 Oktober lalu mendakwa pejabat tempatnya bertugas ketika di Kementerian Kewangan tidak ubah seperti tokong.
“Saya sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan guaman. Sekarang kita sibuk, saya rasa akan ambil masa dan kita akan hantar ke pejabatnya (Tajuddin) di Kuala Lumpur kerana kita tahu dalam tindakan saman malu, kita hanya boleh buat ke atas individu.
“Bila saya akan hantar, saya akan umumkan, tetapi ini terpulang kepada peguam saya,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Jalan Rangoon di sini, hari ini.
Guan Eng yang turut menunjukkan rakaman klip video itu kepada media, menyifatkan ia sebagai menyakitkan hati untuk ditonton.
Mengulas jenis tuntutan akan dikemukakan, Guan Eng berkata, ia terpulang kepada mahkamah dan pihak peguam untuk membuat keputusan.
“Terpulang kepada mahkamah, (sudah) tentu kalau boleh dapat pampasan dan saja permohonan maaf atau sebagainya. Kita akan serahkan kepada mahkamah dan peguam kerana (dakwaan) ini amat bahaya, tuduhan jahat sebegini pada pentas nasional,” katanya.
Beliau berkata, situasi itu berbeza dengan kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan mengaitkan orang bukan Islam dengan perbuatan rasuah.
“Abdul Hadi cakap secara menyeluruh tanpa merujuk kepada individu, sebab itu kita buat laporan polis. Kami tak boleh saman sebab beliau tidak merujuk kepada individu,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng menyatakan penghargaan atas sumbangan dan khidmat penyandang kerusi Parlimen Damansara, Tony Pua; penyandang kerusi Batu Kawan, Kasthuri Patto; penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago dan penyandang kerusi Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. BH
Guan Eng mahu saman Tajuddin
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)
You must be logged in to post a comment.