Nelayan terapung 6 jam dalam peti sejuk selepas bot karam

BANGKOK – Seorang nelayan ditemui terapung di dalam sebuah peti sejuk selepas berada di dalamnya selama enam jam akibat bot karam di luar pantai wilayah Krabi, Thailand, Ahad lalu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Anat Massoyot, 33, diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan dia dijumpai.

Ketika insiden bot karam itu, penduduk dari Kampung 3, daerah Mueng itu dilaporkan memanjat masuk ke dalam sebuah peti sejuk, tempat dia biasanya menyimpan ikan.



Anat sebelum itu membawa botnya untuk menangkap ikan di pulau Koh Lao Hong, berhampiran Pulau Hong seorang diri. Menurutnya, cuaca masih baik ketika itu.

Botnya kemudian dihempas oleh ombak besar dan air mula memenuhi ruang sebelum ia tenggelam di tengah laut.

Sebuah bot nelayan lain yang melalui kawasan itu kemudian menarik Anat keluar dari peti sejuk itu dan membawanya ke darat.

Dia kini dalam keadaan selamat dan bersyukur kerana masih hidup namun, berasa sedih kerana bot yang digunakannya untuk mencari rezeki telah hilang. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker