Nas Daily berhabis RM710,000 untuk masuk Malaysia

Nas Daily berhabis RM710,000 untuk masuk Malaysia

Singapura: Pencipta kandungan, Nas Daily, mendedahkan dia memasuki Malaysia selepas membeli pasport sebuah negara di kepulauan Caribbean pada harga AS$150,000 (kira-kira RM710,000).

Nas Daily, atau nama sebenarnya, Nuseir Yassin memuat naik video mengenai perjalanan ke Malaysia, di Facebook dan YouTube, baru-baru ini.



“Saya membeli warganegara (Saint Kitts and Nevis ) untuk menunjukkan negara ini (Malaysia),” katanya.

Menerusi video berdurasi empat minit itu, Nuseir menunjukkan pasport Saint Kitts and Nevis, miliknya.

Dia juga menceritakan detik cemas ketika masuk dan meninggalkan Malaysia.

Nuseir sebelum ini menyatakan dia tidak boleh memasuki Malaysia walaupun berada di Singapura, kerana dia adalah pemegang pasport Israel.



Pencipta kandungan itu, yang mengendalikan syarikatnya di Singapura menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia, dengan sebahagian besar video dirakam di Melaka.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan dan memiliki dua pasport dari dua negara berkenaan.

“Dia (Nas Daily) seorang warganegara Israel, apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain, bukan pasport dari Israel.

“Beliau menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dalam komuniti Carribean,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di sini, baru-baru ini. HM



Nas Daily berhabis RM710,000 untuk masuk Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker