Majlis Peguam Patut Tukar Nama Kepada Parti Majlis Peguam PH

Majlis Peguam Hanya Mahu Bantu PH

Oleh Nurul Aisyah

BUKU tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas “My Story: Justice In The Wilderness” merungkai pendakwaan terpilih yang berlaku dalam sistem kehakiman negara. Sebagaimana yang kita tahu, apa sahaja bukti yang mampu merosakan Pakatan Harapan (PH) akan ditentang habis-habisan oleh Majlis Peguam.

Oleh itu, tidak menghairankan tindakan Presiden Badan Peguam Karen Cheah mempertikaikan keputusan kerajaan menyahklasifikasi dan mendedahkan laporan siasatan terhadap dakwaan dalam buku Tommy Thomas. Keputusan itu dibuat selepas pembentangan laporan pasukan petugas khas siasatan pada 30 September lalu.

Pasukan petugas khas telah membentangkan Laporan Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness” tulisan Tommy Thomas dan Laporan Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2022 dan 7 Oktober 2022.

Mengimbas kembali tindakan tidak berintegriti Majlis Peguam dalam isu buku Tommy Thomas ini:-

1. Pada 16 Feb 2022, Majlis Peguam diminta ambil bahagian dalam pasukan khas untuk siasat Tommy.

2. Pada 21 Feb 2022, Majlis Peguam membalas bahawa mereka tidak dapat beri maklum balas atau mengambil bahagian dalam pasukan khas dan tidak dapat menyertai sesi konsultasi dengan pasukan khas.

3. Pada 25 Okt 2022 iaitu 8 bulan kemudian, Majlis Peguam persoal keabsahan dan kesaksamaan pasukan khas setelah siasatan selesai dan laporan dikeluarkan.

Kini Majlis Peguam cuba “flip flop” menyalahkan kerajaan dalam isu Siasatan Buku Tommy sedangkan Tommy Thomas dan Majlis Peguam sendiri enggan memberi kerjasama dalam siasatan terhadap dakwaan kandungan buku tersebut, demikian menurut laporan Petugas Khas (PPK).

Laporan yang disediakan PPK bagi menyiasat 19 dakwaan yang terkandung dalam buku memoir itu turut mendedahkan bahawa Thomas menerusi surat bertarikh 5 Jan lepas yang dihantar kepada Pengerusi PPK menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan memberi kerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding pasukan tersebut.

Pasukan petugas itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan.

Pada September, Pejabat Perdana Menteri mendedahkan bahawa Thomas akan disiasat kerana menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang disyorkan dalam laporan pasukan petugas.

Demi untuk mempertahankan PH, Majlis Peguam telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berintegriti berkenaan PPK yang menyiasat buku Tommy. Rakyat melihat tindakan Majlis Peguam tersebut sebagai melampau dan tidak mencerminkan sebuah badan profesional. Mereka turut mendesak agar Majlis Peguam dibubarkan sahaja memandangkan badan tersebut hanya berpolitik membawa suara PH. Malah ada yang mencadangkan nama Majlis Peguam ditukar kepada Parti Majlis Peguam PH.

Walau apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam, rakyat melihat pendedahan buku Tommy Thomas sebenarnya merungkai persoalan mengenai beberapa perbicaraan yang adil telah dinafikan terhadap pemimpin kanan negara dan individu yang menjadi  ancaman kepada PH, dimana mereka dikatakan menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker