Nourul sedia motivasi orang muda

Nourul sedia motivasi orang muda

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun sudah setahun menetap di Bali, Indonesia, namun rasa cinta penyanyi, Nourul Depp, 46, terhadap tanah air tidak pernah pudar.

Nourul yang kini aktif sebagai pakar motivasi, mengakui bangga menjadi anak Malaysia dan sedia berbakti jika khidmatnya diperlukan untuk memberi bimbingan motivasi kepada belia.



Bersua dengannya pada sidang media secara virtual penganjuran seminar pembangunan diri ‘Firetalk’ dan ‘showcase’ istimewanya

pada 25 November ini, Nourul berkata, dia sentiasa mengambil tahu hal semasa di Malaysia.

“Walaupun saya dan keluarga sudah meninggalkan Malaysia dan berpindah menetap di Bali sekarang, namun setiap hari saya mesti baca berita mengenai hal semasa dalam negara. Saya rasa perlu ambil tahu.

“Jadi, apabila ditanya mengenai hasrat kerajaan untuk wujudkan semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ia inisiatif yang bagus untuk memupuk jati diri golongan muda negara,” katanya.



Mengulas kesudiannya menggalas tugas jurulatih program itu jika diberi peluang, Nourul terbuka kerana ia juga salah satu sumbangannya pada negara walaupun jasa yang kecil.

“Bagi saya, mengapa tidak? Ia boleh jadi sebahagian daripada tujuan saya juga dan tiada masalah untuk beri kerjasama. Ini kerana apa juga perkara yang kita lakukan, perlu ada motivasi.

“Kalau bertujuan untuk kebaikan, apa salahnya. Saya sedia membantu jika berpeluang kerana golongan muda juga memerlukan motivasi untuk memangkin semangat mereka,” katanya.

Ibu empat anak ini berkata, belia masa kini suka habiskan masa dengan media sosial, jadi apabila ada PLKN akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak ‘benda’ yang boleh mereka buat secara fizikal, selain fokus di alam maya.



Baru-baru ini, media melaporkan Kementerian Pertahanan mengumumkan pelaksanaan semula PLKN yang membabitkan remaja lahir pada 2007 dan seterusnya.

Berbicara mengenai ‘Firetalk’ dan ‘showcase’ yang akan dianjurkan, Nourul berkata, ramai orang yang berhadapan masalah memerlukan motivasi untuk bantuan penyelesaian ke arah pemikiran yang positif.

“Ramai yang hantar mesej peribadi atau bercakap dengan saya mengenai kesedihan, keperitan, bagaimana nak kendalikan sesuatu masalah, tak kuat, macam mana nak jadi kuat dan sebagainya.

“Ia menjadi inspirasi kepada saya kerana sebagai manusia pasti melalui situasi sukar dan mencabar, tak kisah berkaitan soal kerja, keluarga atau anak sendiri kerana kita pasti akan diuji,” katanya.



Penyanyi lagu Cinta Azali dan Kerana Terluka ini berkata, tiada masalah yang tiada jalan keluar dan segelintir wanita yang berhadapan cabaran masalah perlu dibantu secara motivasi Acara ‘FireTalk’ dan ‘showcase’ bersama Nourul pada November ini akan berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dari siang hingga malam. HM

Nourul sedia motivasi orang muda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker