Kembar Najib dan Mahathir
Kembar Najib dan Mahathir
Mempunyai nama Najib dan Mahathir menyebabkan pasangan kembar yang dilahirkan pada 1995 sering kali mendapat usikan rakan apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Nama pasangan kembar tidak seiras tu diberikan bapa mereka, Nor Kaferi Ahmad, 59, yang juga pesara tentera dan ketika itu Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan manakala Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Disebabkan nama itu, mereka sering kali menjadi usikan rakan namun tidak pernah mengambil hati malah turut berkongsi beberapa kenangan lucu yang dialami sebelum ini.
“Ketika kami kemalangan di Kuala Pilah pada 2016, doktor yang merawat kami di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) pun terkejut, ingatkan kami orang politik malah turut bergurau kami sudah berbaik.
“Malah nenek kami yang dimaklumkan mengenai kemalangan menyangkakan Najib dan Mahathir yang kemalangan dan berseloroh memberitahu bila pula dua tokoh politik berkenaan menaiki kereta yang sama,” kata Mahathir, 27 dari Temerloh, Pahang.
Mahathir berkata, ketika zaman kanak-kanak, mereka berdua kerap bergaduh sehingga memeningkan kedua ibu bapa namun ia berkurangan apabila semakin dewasa.
“Ayah tidak menyangka kami dilahirkan kembar sebelum mendapat idea memberi nama sempena dua pemimpin berkenaan.
“Disebabkan bukan seiras kebanyakan rakan tidak mengetahui status kami sebagai pasangan kembar namun kebiasaan kami mempunyai minat dan aktiviti yang sama dan lumrah sebagai adik-beradik kami tidak terlepas daripada bertengkar,” katanya.
Najib pula berkata, sebaik tamat pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia bersama Mahathir memohon pekerjaan di sebuah pasar raya di Dungun, Terengganu.
Katanya, permohonan kerja berkenaan diterima namun dia dan Mahathir menjadi bahan usikan pekerja di pasar raya berkenaan yang berseloroh memaklumkan Najib dan Mahathir datang bekerja.
“Hendak dijadikan cerita pada sebelah petangnya, ada pekerja baharu bernama Anwar melapor diri menyebabkan lagi teruk kami diusik.
“Gamat jugalah ketika itu apabila diusik pekerja pasar raya berkenaan namun Anwar tidak kental jiwanya apabila berhenti tidak sampai sehari bekerja manakala kami berkerja selama satu bulan sahaja sebelum bertukar kerjaya dalam industri minyak dan gas hingga sekarang.” katanya.
Najib berkata, ketika PRU menjelang, dia turut menerima usikan rakan namun beranggapan ia adalah normal dan tidak mengambil hati.
Katanya, jika bertemu jodoh, dia dan Mahathir sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama.
“Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kami juga tidak akan lepaskan peluang untuk mengundi dan PRU kali ini adalah kali kedua kami berbuat demikian,” katanya. BH
Kembar Najib dan Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET