Arif Aiman pemain tempatan termahal

Arif Aiman pemain tempatan termahal

Bintang muda sensasi, Arif Aiman Hanapi memegang takhta pemain tempatan termahal yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Ia berdasarkan kemaskini terbaharu ‘tanda harga’ dibuat laman transfermarkt.com pada 16 Oktober lalu yang meletakkan nilai 400,000 Euro (RM1.86 juta) buat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Nilai pasarannya dilihat terus meningkat berbanding RM1.39 juta yang diletakkan terhadap tonggak berusia 20 tahun itu pada 19 Mei lalu.

Pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 2021 itu menjadi pemain kedua termahal dalam skuad kebangsaan di belakang Dion Cools yang memiliki nilai pasaran RM3.96 juta.

Angka terbaharu itu meletakkan Arif Aiman sebagai pemain keempat paling mahal dalam skuad JDT ketika ini di belakang Jordi Amat (RM4.66 juta), Fernando Forestieri (RM3.96 juta) dan Bergson Da Silva (RM2.3juta).

Arif Aiman turut mengatasi dua pemain kacukan yang juga pemegang takhta pemain berstatus tempatan termahal di Liga M sebelum ini, Matthew Davies dan La’Vere Corbin Ong.

Davies dan Corbin Ong yang juga tonggak JDT memiliki nilai pasaran RM1.74 juta, meningkat berbanding RM1.63 juta yang dipegang mereka pada Mei lau.

Harga pasaran dua lagi bintang Harimau Selatan, Afiq Fazail dan Shahrul Saad turut mencatat peningkatan apabila masing-masing kini bernilai RM1.63 juta dan RM1.39 juta.

Menurut beberapa ejen pemain sebelum ini, nilai pasaran pemain ditentukan menerusi beberapa faktor terutama prestasi bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Nilai pasaran pemain muda sedang meningkat naik, Faisal Halim juga menunjukkan peningkatan apabila dia kini memegang tanda harga RM1.39 juta berbanding RM1.16 juta pada Mei lalu.

Pemain Terengganu FC (TFC) yang lebih dikenali sebagai Mickey itu menampilkan aksi cemerlang bersama skuad Penyu selain turut menjadi antara tonggak penting skuad kebangsaan.

Nilai pasaran pemenang anugerah MVP 2018 dan 2019, Safawi Rasid pula terus menunjukkan penurunan dengan dia kini memegang tanda harga RM1.16 juta berbanding RM1.39 juta sebelum ini.

Sementara itu, pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh menurun kepada RM582,587, sekali gus menjadi nilai pasaran terendah yang pernah dipegangnya.

Senarai nilai pasaran pemain tempatan Liga M

Arif Aiman Hanapi – RM1.86juta

Matthew Davies – RM1.74 juta

La’Vere Corbin Ong – RM1.74 juta

Afiq Fazail – RM1.63 juta

Shahrul Saad – RM1.39 juta

Faisal Halim – RM1.39 juta

Baddrol Bakhtiar – RM1.28 juta

Akram Mahinan – RM1.28 juta

Nor Azam Azih – RM1.16 juta

Safawi Rasid – RM1.16 juta
BH

Arif Aiman pemain tempatan termahal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker