Tiada kluster WTC, Putrajaya, hanya kluster UMNO – Ismail

#PRU15

Tiada kluster WTC, Putrajaya, hanya kluster UMNO – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan hubungan baik antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih utuh.

Menurut Perdana Menteri, tidak benar dakwaan kononnya wujud kluster Putrajaya yang diketuai beliau dan kluster WTC (Ibu pejabat UMNO) yang diketuai Presiden UMNO.

“Tiada kluster Putrajaya atau WTC, yang ada hanya kluster UMNO diketuai Presiden

“Ada cubaan mahu memecah belah kerjasama antara saya dan Presiden (Ahmad Zahid). Turun ke bawah saya dan Presiden terangkan hubungan kami sangat kuat dan tidak boleh dipecah belah,” katanya.

Beliau berucap sempena Majlis Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon Tiga melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort dan Sipitang di Kimanis Commercial Centre pada Ahad.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, bagi mencapai kemenangan di Sabah, solidariti perlu ada dalam kalangan UMNO, komponen Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasama kerajaan negeri.

Justeru, katanya, kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Sabah boleh diraih sekiranya kerjasama dibentuk antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Perkara utama bukanlah bilangan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi. Perkara pokok adalah solidariti yang kukuh antara dua rakan bekerjasama dalam kerajaan Sabah.

“Dengan adanya kekuatan ini, jumlah kerusi Parlimen pasti mampu diperolehi,” katanya. K Online

Tiada kluster WTC, Putrajaya, hanya kluster UMNO – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker