Saya gembira ada ‘tangan’, terima kasih

Saya gembira ada ‘tangan’, terima kasih

Gua Musang: “Saya terharu apabila netizen di kumpulan Facebook itu sangat baik dan sunting gambar saya dengan mempunyai dua tangan,” kata atlet paralimpik Kelantan, Muhammad Zulkifli Nordin.

Muhammad Zulkifli, 26, dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) tanpa kedua-dua tangan dan permintaannya dalam kumpulan Facebook untuk menyunting gambarnya mempunyai kedua-dua tangan mendapat perhatian di media sosial.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Zulkifli berkata, dia memang sudah biasa dengan keadaan dirinya yang tidak mempunyai kedua-dua tangan sejak lahir dan melakukan kerja menggunakan kaki.
ADVERTISEMENT

Menurutnya, hantaran yang dimuat naik di media sosial itu hanya suka-suka saja kerana selalu melihat netizen menyunting gambar orang lain mengikut permintaan mereka.

“Saya tak sangka mereka bersungguh-sungguh sunting gambar itu, membuatkan saya terharu. Saya sangat berterima kasih kepada mereka dan semua gambar itu saya simpan untuk kenangan.

“Tetapi bukan bermakna saya tidak reda atau sedih dengan kekurangan diri ini. Saya menerima keadaan diri dengan penuh rasa syukur dan tidak berasa rendah diri,” katanya yang berkerja sebagai perunding hartanah itu ketika dihubungi.

Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seri Iskandar, Perak itu berkata, dia mengakui ketika zaman kanak-kanak dia pernah berasa sedih dengan keadaannya yang tidak sama seperti rakan sepermainan.

“Biasalah ketika itu kita belum matang jadi ada juga rasa sedih, malah ketika itu saya seorang yang agak pemalu. Apabila sekolah menengah rasa sudah itu sudah hilang.

“Ketika bersekolah rendah dan menengah saya mewakili sekolah dalam sukan sepak takraw,” katanya yang menetap bersama keluarga di Felda Aring, di sini.

Bercerita lanjut, Muhammad Zulkifli berkata, dia tidak menganggap kekurangan diri sebagai penghalangnya menjalani kehidupan seperti insan normal lain dan hidup berdikari.

“Saya melakukan rutin harian dengan kaki seperti makan guna sudu, menulis dan menaip dan ia tak sukar kerana sudah biasa tetapi ada juga dibantu rakan dan keluarga. Saya ketika ini juga sedang belajar memandu (untuk mengambil lesen).

“Ketika ini saya sedang menjalani latihan acara olahraga 100 meter (m), 200m dan lompat jauh untuk persediaan Sukan Malaysia (Sukma) bulan hadapan,” katanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan masih bujang.

Katanya, dia juga pernah teringin mahu memakai tangan palsu atau ‘tangan bionik’ tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana ia memerlukan satu pembedahan khas.

“Saya pernah jumpa pakar dan diberitahu perlu buat pembedahan untuk memakai tangan itu kerana saya tiada lengan cuma ada bahu saja.

“Jadi saya buat keputusan untuk kekal macam ini saja lagipun saya juga sudah selesa melakukan semua kerja dengan kaki,” katanya. HM

Saya gembira ada ‘tangan’, terima kasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker