Jika ‘giant’ datang, jentera BN kerja lebih kuat
#PRU15
Jika ‘giant’ datang, jentera BN kerja lebih kuat
Jentera Barisan Nasional (BN) tidak sesekali gentar dengan ura-ura kehadiran ramai pemimpin lawan yang dianggap ‘giant’ dalam arena politik tanah air pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ke Perak.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kehadiran pemimpin terbabit akan membuatkan jentera BN bangkit dan berikrar bersungguh-sungguh untuk memastikan ‘giant’ dapat ditumbangkan pada PRU-15.
Katanya, beliau mengalu-alukan sesiapa saja ke negeri ini dan menganggap ia perkembangan positif serta memberi kelebihan kepada jentera BN.
“Jika ‘giant’ datang bertanding ke negeri ini, ia bagus kerana kalau tidak ada tentangan hebat, kita bimbang jentera BN akan tidur.
“Kehadiran mereka sudah tentu akan membuatkan jentera BN bangkit untuk pastikan pemimpin politik berkenaan tewas dalam PRU-15.
“Ambil positif, siapa nak datang, datanglah, lagi besar pangkat dia, maka lagi kuat jentera BN,” katanya ketika melawat rumah penduduk di Kampung Chengai sempena sambutan Deepavali, hari ini.
Beliau berkata, jentera BN sudah bermula sejak lama lagi dan terdapat di mana-mana saja cawangan termasuk di kampung.
Katanya, jentera BN juga diminta tidak tertipu atau terpedaya dengan propaganda pihak lawan umpamanya ramai penunggang motosikal mengiringi pemimpin politik berarak di Parlimen Larut dan Tambun, baru-baru ini.
“Saya cakap jangan bimbang kerana yang datang itu hanya 10 peratus daripada keseluruhan pengundi dan yang itu saja akan undi dia manakala 90 peratus lagi masih terbuka.
“Kalau daripada 90 peratus itu, 50 peratus undi BN maka BN akan menang. Jadi sebab itu kita tidak perlu bimbang bila nampak banyak sangat motosikal atau bendera besar berkibar-kibar kerana bendera dan motosikal tidak boleh mengundi.
“Saya cukup yakin pengundi sudah belajar daripada kesilapan lalu. Takkanlah orang Tambun mudah tertipu dengan calon ahli Parlimen Tambun yang pernah mengetuai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tapi balik kosong. Dia juga mengetuai pasukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, balik kosong, dia pergi ke PRN Johor pun balik kosong,” katanya. HM
Jika ‘giant’ datang, jentera BN kerja lebih kuat
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan Hadi
- “Jihan, lambat lagi ke habis pantang?”/a>
- Dendam punca majikan wanita di bunuh bekas pekerja
- Guru raba-raba dada sambil cium kawasan ‘sensitif’ ditangkap polis
- Maszlee rayu undi lepas BN pertimbang calon heavyweight
- Wanita berjaya gali kubur selepas ditanam hidup-hidup oleh suami
- Isteri puji bos kaya, suami rasa tercabar
- Cucuk hidung, Bunga Isme disamakan dengan lembu
- Lahirkan baka kacak, Anzalna diminta beranak ramai
- Tommy, Mahathir berulang kali langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
- Pemandu mabuk langgar pejalan kaki, wanita maut dan adik parah
- PN gagal capai kesepakatan kerusi di Terengganu?
- Ibu dari neraka! Simbah peluntur pada kemaluan anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]
Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]