Kaka rujuk dengan Fahmi

Kaka rujuk dengan Fahmi

Penyanyi Kaka Azraff bersyukur Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sudi menerima kunjungannya bagi membincangkan hala tuju dalam karier muzik selepas tidak lagi bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Sehubungan itu, Kaka atau nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, memanfaatkan peluang bertemu Fahmi di pejabatnya di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, Isnin lalu.

“Pertemuan itu bertujuan mendapatkan nasihat. Saya dapati badan kerajaan ini sebenarnya sangat besar dan boleh meningkatkan semangat saya dalam karier muzik ini.

“Negara kita tiada akta khusus mengenai muzik. Namun, kerajaan ambil berat mengenai anak-anak seni. Saya bersyukur dan gembira sebab tahu saya tidak keseorangan.

“Menteri cuma mahu dengar daripada saya atas apa yang terjadi. Saya juga maklumkan apa yang saya perlu lakukan untuk karier saya selepas ini dengan mendapat sokongan kerajaan,” katanya selepas membuat persembahan pada Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran pelajar sarjana pengurusan komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di sini, hari ini.

Pertemuan Kaka dengan Fahmi adalah rentetan daripada isu penamatan kontraknya bersama Warner Music Malaysia pada 1 Disember lalu gara-gara didakwa terlalu lantang mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin.

Kaka tidak mahu menoleh ke belakang, justeru, pertemuan bersama Fahmi, diharapkan mampu membuka jalan baharu kepadanya.

“Untuk tahun ini saya lebih memikirkan mengenai perancangan yang perlu dilakukan. Saya sudah bergerak sendiri sebagai penyanyi tanpa terikat dengan mana-mana label atau syarikat rakaman.

“Itu memerlukan keyakinan tinggi untuk saya bergerak sendiri. Jadi, apabila bertemu badan kerajaan, banyak yang mereka boleh bantu. Sebenarnya, anak seni patut tahu, kita ada kerajaan yang boleh membantu, bukan syarikat rakaman sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, kemelut Kaka bersama syarikat rakaman tercetus apabila penyanyi itu meninggalkan komen secara mesej langsung kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic mengecam perkongsian lelaki itu dalam Instagram Story (IGs).

Gara-gara kenyataan itu, bukan hanya pempengaruh terbabit, malah sebuah laman sosial bawah nama Jew Hate Database turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

Difahamkan, kontrak Kaka dan Warner Music Malaysia ditamatkan walaupun sepatutnya berakhir, April depan. BH

Kaka rujuk dengan Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker