Adam, Sweet kini suami isteri

Adam, Sweet kini suami isteri

Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon, Adam Lee, 28, dan Sweet Qismina, 25, selamat diijabkabulkan di sebuah premis acara, di sini, jam 10.40 pagi ini.

Pasangan mempelai dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

Pada majlis itu, Sweet Qismina atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97.

Nilai mas kahwin yang diserahkan Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu sebagai simbolik kepada tarikh lahir Sweet yang juga pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada 2016.

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Sweet dan Adam yang juga pemenang trofi Artis Baharu Lelaki Popular, ABPBH 32 bertunang pada 24 Oktober, tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 31 pada 2018 menjadi titik permulaan bibit cinta antara Adam dan Sweet.

Ia bermula apabila Sweet mengajak Adam menemaninya menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai penggambaran drama yang kali pertama menggandingkan mereka, Adam Chempaka. BH

Adam, Sweet kini suami isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker