Adi Putra dapat pujian

Adi Putra dapat pujian

Kehadiran pelakon popular, Datuk Adi Putra di Festival Sunnah 4.0 Kedah Darulaman yang berlangsung selama tiga hari pada 20 hingga 22 Oktober lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah mendapat reaksi positif daripada netizen.

Adi menerusi Instagram memuat naik gambar dia bersama ulama terkenal Syeikh Mohd Zainul Asri di program itu.

“Bersama Tuan Guru @syeikhmuhdzainulasri #taatpadayangsatu,” tulisnya.



Perkongsian ini menerima reaksi positif daripada ramai peminat serta selebriti antaranya pelakon Datin Umie Aida yang mengucapkan terima kasih buat Adi.

“Terima kasih dik sudi melibatkan diri dalam festival sunnah,” tulisnya.

Adi pula membalas komen ini dengan berkata,” Jazakallah kakak ku,”.

Perkongsian terbabit setakat ini sudah menerima hampir 15,000 tanda suka pengikut Adi.



Selain Adi, Festival Sunnah 4.0 Kedah Darulaman turut dihadiri Neelofa dan suaminya PU Riz serta bekas anggota Ruffedge, Amer Yusoff.

Festival Sunnah 4.0 Kedah Darulaman menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan silat dan pelbagai lagi. HM

Adi Putra dapat pujian


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker