Royston Sta Maria terus ‘single’ pada usia 70 tahun
Royston Sta Maria terus ‘single’ pada usia 70 tahun
“Kalau saya cipta lagu selepas ini, kena minta Habsah (Datuk) buat lirik yang positif. Selalu terlewat pun tak bagus juga,” gurau penyanyi terkenal era 80-an, Royston Sta Maria.
Ia berikutan Royston atau Roy, 70, yang popular dengan lagu Akukah Yang Terlewat, masih belum bertemu jodoh sehingga kini.
Roy berkata, lagu ciptaan Omar Taib dan lirik oleh Datuk Habsah Hassan itu seakan kena dengan dirinya.
“Habsah kenal dengan saya, kehidupan dan kesusahan saya semua dia tahu. Bila dia hasilkan lirik dia tahu perasaan saya pada waktu itu selalu gagal dalam percintaan.
“Jadi lagu itu memang sesuai dengan kehidupan saya. Dia tengok sendiri berkenaan saya. Kami dah kenal lama,” katanya yang ditemui semasa rakaman program Radio Klasik di Angkasapuri RTM, di sini, hari ini.
Penyanyi kelahiran Melaka yang kini menetap di Australia ini berkata, apabila meneliti lirik lagu yang dirakamkan pada awal 80-an ini, dia sudah terbayang ini berkisarkan kehidupannya.
“Apa yang terjadi ialah saya selalu gagal dalam percintaan. Lagu itu memang kena dengan saya. Ia seperti mana kehidupan saya.
“Tak dinafikan bergelar artis ada glamournya tapi ia sangat sikit berbanding kesusahan yang lebih banyak. Kerja kami untuk menghiburkan peminat. Walaupun ada kesukaran atas pentas, kita mesti profesional dan menghiburkan orang,” katanya kepada Harian Metro.
Roy yang turut dikenali sebagai pasangan duet Datuk Francissca Peter mengakui dia masih dalam pencarian seorang isteri sehingga kini.
“Memang ada wanita yang mengetuk pintu hati, tapi orang yang minat saya, saya tak berapa minat dia. Bila saya minat seorang wanita, dia pula tak minat saya. Jadi sampai sekarang masih dalam pencarian.
“Saya masih menaruh harapan. Itulah yang buat saya bersemangat. Mana tahu ada jodoh saya,” katanya yang memaklumkan tidak mempunyai sebarang penyakit kerana aktif bersukan, bermain badminton dan berjalan.
Penyanyi keturunan Portugis ini juga berterus-terang pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular Fauziah Ahmad Daud.
Bagaimanapun mereka tidak mempunyai jodoh untuk hidup bersama dan kekal menjadi kawan rapat sehingga kini.
Sementara itu, kepulangan Roy sejak 12 hari lalu adalah untuk menyiapkan rakaman lagu Pesona Tiba hasil ciptaannya dan lirik Mukhlis Nor.
“Lagu ini dihasilkan untuk Persatuan Pemuzik Malaysia (MFM) atau nama asalnya Persatuan Pemuzik Tempatan Selangor (PPTS),” katanya yang akan berangkat pulang ke Australia esok. HM
Royston Sta Maria terus ‘single’ pada usia 70 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk