Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang baru-baru ini menyerang pentadbirannya di Selangor.
Berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pahang malam semalam, Amiruddin menyifatkan Azmin yang melompat parti daripada PKR sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada 2020 ‘sebagai tidak sedarkan diri’.
“Kadang-kadang orang lompat ini pun tak sedar diri.
“Dua tiga hari lepas sebut, ‘saya tinggalkan negeri Selangor, jatuh merosot’.
“Siapa nama dia?” soal Amiruddin sambil disambut teriakan orang ramai ‘Azmin’.
“Jangan sebut. Geli aku dengar,” jawabnya.
Azmin yang merupakan bekas menteri besar Selangor baru-baru ini mendakwa prestasi Selangor merosot selepas dia meninggalkan pejabat menteri besar pada 2018.
“Lepas saya tinggal (jawatan menteri besar) nampak merosot prestasi (Selangor).
“Jadi tanggungjawab saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor supaya Selangor akan terus membangunkan memberi manfaat semua rakyat selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan media.
Hal itu menyebabkan Amirudin menempelak pemimpin Bersatu itu dengan mengatakan Selangor jauh lebih lebih baik selepas Azmin meninggalkan pejabat menteri besar pada 2018.
‘Satu benda dia tak buat’
Dalam pada itu Amirudin turut membidas prestasi Azmin sebagai menteri besar Selangor sebelum ini.
Sambil menyindir ahli parlimen Gombak itu sebagai “orang hebat”, Amiruddin berkata Azmin tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan sungai Klang.
“Orang yang hebat ni satu benda dia tak buat” katanya.
Amiruddin juga membandingkan pentadbirannya sekarang yang telah membawa pembangunan baru ke kawasan Sungai Klang.
Selain itu, dia juga mendaskwa Azmin gagal menyelesaikan masalah tanah membabitkan peneroka di Felda Sungai Buaya.
Katanya masalah itu bermula sejak pentadbiran Muhammad Muhd Taib pada awal 1980-an hingga akhir 1990-an, di mana peneroka ditipu oleh pemaju.
“Tukar MB, tukar MB.
“Sampai la konon MB yang bawa kemajuan pembangunan negeri Selangor kononnya, pun tak boleh selesai,” katanya.
Pun begitu, Amiruddin berkata pentadbiran PH sekarang telah berjaya menyelesaikan masalah di Felda Sungai Buaya yang melibatkan 3,000 bidang tanah.
Amirudin berkata pencapaian itu bukan merupakan usahanya seorang tetapi merupakan hasil daripada dasar PH.
Untuk rekod, Amiruddin merupakan rakan dan sekutu rapat Azmin ketika berada dalam PKR.
Amirudin dipercayai dipilih sendiri oleh Azmin untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor apabila Azmin dilantik sebagai menteri persekutuan pada 2018.
Bagaimanapun Amiruddin tidak mengikut jejak langkah Azmin yang meninggalkan PKR semasa Langkah Sheraton pada 2020.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Amanah bincang calonkan Khairuddin
- Raih RM600k dengan game
- Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
- Mereka bukan ahli PKR
- BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor – Ismail
- Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN
- Rina abai pengundi Titiwangsa, dakwa penduduk
- Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon
- Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan
- GRS bergolak?
- Pas sukar bekerjasama dengan Mahathir seperti Bersatu mahukan – Zuhdi
- Chef Wan dengan Shikin Maembong berdamai
- Farid Kamil sokong Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.