Rakyat Israel masuk guna pasport Caribbean

Rakyat Israel masuk guna pasport Caribbean

Rakyat Israel yang berjaya masuk ke Malaysia pada 16 Oktober lalu mempunyai dua kerakyatan dan memasuki negara ini menggunakan pasport Caribbean.

Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata dapatan itu hasil siasatan yang dilakukan jabatan itu.



“Individu terbabit, Nuseri Yassin, rakyat Israel tetapi memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain bukan pasport dari negara Israel. Dia didapati menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis, sebuah negara dalam Caribbean komuniti, pasport negara itu mudah diperolehi oleh rakyat daripada negara lain.

“Beliau memasuki negara kita dan keluar juga menggunakan pasport yang sama. Beliau tidak boleh terus masuk dengan pasport lain dan keluar dengan pasport yang berbeza.

“Saya dfahamkan beliau memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap individu rakyat Israel terbabit yang masuk ke negara ini, susulan viral keberadaan individu berkenaan di Melaka, baru-baru ini.



Berdasarkan FB story itu, video blogger terkemuka dunia yang nama penuhnya Nuseri Yassin itu berjaya masuk ke Malaysia selama 12 jam menggunakan pasport Caribbean, kerakyatan yang dibelinya.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, sekiranya Nuseri Yassin menggunakan pasport Israel, sudah pasti dia tidak akan berjaya melepasi pintu masuk negara ini.

Katanya, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

“Perlu dijelaskan, beliau juga tidak mempunyai sebarang kesalahan di bawah peraturan Imigresen dan sebab itu kelulusan di bawah pas pelancong diberikan pada 16 Oktober lalu.



“Beliau keluar dari negara ini pada hari yang sama, iaitu 16 Oktober,” katanya.

Beliau menegaskan, individu terbabit didapati tidak memiliki kesalahan dari segi akta imigresen kerana memiliki pasport yang tulen dan dikeluarkan negara pengeluar.

“Malah, dia juga didapati tidak memiliki kesalahan sama ada dalam sistem imigresen ataupun Interpol, yang diintegrasikan dengan sistem imigresen negara ini.

“Dalam sistem tidak keluar kerana dia menggunakan kerakyatan negara lain,” katanya. BH



Rakyat Israel masuk guna pasport Caribbean


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka



Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker