Polis buru penyamun mencuri barang dalam kereta

Tangkap layar rakaman video yang tular mengenai kejadian itu.

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan individu yang tular mencuri barangan dalam kereta seorang penduduk di Taman Melawati Jaya di sini, baru-baru ini.

Kejadian pukul 6.10 pagi, Ahad lalu itu melibatkan kenderaan yang diletakkan di luar pagar rumah dengan tidak berkunci.

Insiden itu kemudiannya tular menerusi sebuah video berdurasi 59 saat di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, perkara itu disedari selepas mangsa mendapati keretanya dalam keadaan berselerak.



Kata beliau, siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan perumahan rumah teres dua tingkat.

“Beberapa kenderaan jiran di kawasan itu didapati turut diparkir di hadapan pagar rumah masing-masing.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa kehilangan dokumen penting, dompet dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.



Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak meninggalkan dokumen atau barangan berharga dalam kenderaan yang menarik perhatian penjenayah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker