Mulia hatimu abang polis

Mulia hatimu abang polis

Georgetown: Polis dan masyarakat berpisah tiada. Slogan itu tepat dengan keprihatinan ditunjukkan dua anggota polis yang membantu seorang wanita warga emas menyeberangi jalan.

Keprihatinan Koperal Arif Mohamed dan Lans Koperal Mohd Saiful Sudirman dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut mendapat pujian masyarakat.



Menerusi perkongsian di Facebook, anggota polis terbabit membantu wanita terbabit melintas dan mengawal lalu lintas berhampiran Pasar Lebuh Cecil di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Difahamkan wanita terbabit menuju ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

Malah tindakan anggota polis terbabit juga menerima tepukan daripada beberapa pelanggan restoran.

“Sifat ihsan yang ditonjolkan anggota polis terbabit dengan mendukung dan seterusnya memapah warga emas terbabit menyeberangi jalan membuktikan warga Sang Saka Biru begitu mengambil berat keselamatan orang awam tanpa mengira tempat dan ketika,” kata hantaran di FB Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Tindakan spontan itu juga mendapat pujian netizen yang memuji keprihatinan anggota terbabit. HM

Mulia hatimu abang polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker