Lelaki maut tersepit MPV bertembung lori tanah

Lelaki maut tersepit MPV bertembung lori tanah

KUANTAN – Seorang lelaki maut di tempat kejadian setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori tanah berhampiran simpang ke Bukit Goh, di sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 9 pagi.



Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi dan mendapati pemandu MPV tersebut tersepit di tempat duduk akibat bahagian hadapan kenderaan itu terperosok di bawah bahagian hadapan lori terbabit.

Tambah beliau, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa kemudian disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, ujarnya. MG

Lelaki maut tersepit MPV bertembung lori tanah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker