Umno tekan kempen positif, keluar dari politik toksik
#PRU15
Umno tekan kempen positif, keluar dari politik toksik
Umno akan mengemukakan muka baharu dan melaksanakan “kempen positif” bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan kejayaan pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil, berkata pimpinan tertinggi parti komited mengemukakan muka baharu dan muda sebagai calon pada pilihan raya walaupun mengakui tindakan itu bukan tradisi parti.
“Kita tak ambil risiko macam itu, tetapi lepas PRU14 itu banyak perubahan dan pembaharuan yang kita buat,” katanya.
“Salah satu adalah mengetengahkan muka-muka baharu dan kita ambil risiko itu di Melaka dan kita telah berjaya menang 3/4, jadi maksudnya apa? Maksudnya kombinasi antara calon muka baharu dengan ‘branding’ (penjenamaan) Umno dengan BN yang kita bawa selepas PRU14 kombinasi itu yang telah atau yang akan membawa kejayaan.”
Katanya, BN juga melakukan perkara sama di Johor selepas mengemukakan 70% calon baharu pada pilihan raya negeri dengan gabungan itu memenangi dua pertiga majoriti atau menguasai 40 daripada 56 kerusi ditandingi.
Isham yang juga pernah dilantik sebagai penasihat komunikasi BN pada pilihan raya negeri Melaka, berkata gabungan itu telah menekankan “kempen positif” pada pilihan raya itu.
Katanya, beliau mahu terus membawa pendekatan itu pada PRU15 menerusi penekanan kepada politik baharu untuk negara ini.
“Pada saya politik Malaysia ini toksik terlampau banyak ‘negativity’ jadi BN bawa politik positif…kita bagi tahu rakyat apa kita nak buat dan negativity itu kita jawab, tapi kita stay positif bagi tahu rakyat apa kita nak buat sebab saya kata kita jangan lawan fitnah dengan fitnah, kita lawan fitnah dengan fakta.”
Isham mengakui cabaran bagi BN adalah menang di kawasan bandar dan yakin gabungan itu perlu menembusi kawasan terbabit tanpa semata-mata bergantung di kubu kuat sahaja.
Katanya, BN perlu memenangi “hati dan minda” penduduk bandar, sambil menambah mereka juga tidak terkecuali berdepan masalah sejak dua tahun tahun lalu.
“Masa Covid itu hari…yang banyak tekanan berlaku kepada rakyat di kawasan bandar, jadi kawasan bandar yang hilang kerja dulu, orang muda yang tiada kerja di kawasan bandar, hari ini, lebih kurang 700,000 orang yang tiada kerja kebanyakan mereka lebih 70% adalah penduduk di kawasan bandar.” FMT
Umno tekan kempen positif, keluar dari politik toksik
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu
You must be logged in to post a comment.