Gadis angkat kaki selepas calon suami kenakan syarat berhenti guna produk penjagaan wajah

Tangkap layar perbualan antara Ghanis dengan lelaki yang memberi syarat aneh kepadanya. – Wolipop

JAKARTA – Seorang gadis di Bandung, Indonesia berkongsi pengalaman pernah berkenalan dengan lelaki yang mengajaknya berkahwin tetapi meminta agar dia berhenti menggunakan produk penjagaan kulit, lapor laman berita Wolipop semalam.

Gadis bernama Irtsani Ghanis itu berkata, pertemuan dia dengan lelaki itu hanya berlaku di media sosial sebelum jejaka tersebut meminta izin bertemu ibu bapa untuk melamarnya.

Selepas sebulan berhubungan, lelaki itu mula menanyakan hal-hal yang dianggap pelik oleh Ghanis termasuk melarangnya memakai produk penjagaan muka.

“Kulit muka saya memang bermasalah terutama cepat tumbuh jerawat dan saya sering mendapatkan rawatan di klinik serta mementingkan produk penjagaan muka bagi memastikan wajah kekal sihat.

“Lelaki itu tahu akan rutin tersebut dan meminta saya berhenti melakukannya selepas berkahwin dengan alasan ia seperti menunjukkan saya mementingkan rupa fizikal,” jelasnya.

Tambah Ghanis, lelaki itu juga seolah memberi isyarat agar wang gaji saya yang digunakan untuk membeli produk penjagaan kulit perlu digunakan untuk membantu kewangan rumah tangga.

“Saya tidak pernah bertanya atau menyuruh dia menanggung kos pembelian produk muka saya malah tidak tahu apakah pekerjaannya pada ketika itu.

“Apabila dia mula mengenakan syarat tidak masuk akal seperti itu, saya berhenti menghubunginya kerana karakternya mencurigakan,” ujarnya.

Sehingga kini, perkongsian Ghanis di laman TikTok itu sudah ditonton lebih 2.5 juta kali. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker