Saya patut pecat 12 menteri, tapi saya baik orangnya – Ismail

#PRU15

Saya patut pecat 12 menteri, tapi saya baik orangnya – Ismail

Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menuding jari kepada 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menulis surat kepada istana bagi membantah pembubaran parlimen.

“Saya sebagai abang tua, kalau kamu semua tak setuju, saya bubarkan kabinet ini, pecat saja semua orang.

“Saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali.

“Tapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, bukan lembut,” katanya dalam acara bersama Presiden Umno Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Perak.

Dia berkata demikian dalam ucapan di majlis ‘Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran’ bersama BN di Dewan Perdana Kompleks Umno, Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Hampir 3,000 pemimpin dan ahli parti komponen BN menghadiri program ini.

Pada 17 Oktober lalu, Ismail Sabri, yang merupakan naib presiden Umno, berkata bahawa dia tidak menyalahkan menteri-menteri dari PAS dan Bersatu itu kerana dia difahamkan mereka hanya bertindak mengikut arahan parti, selain arahan daripada presiden Bersatu dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, tiga hari sebelum itu, dia dilaporkan berkata tindakan 12 menteri itu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan semangat solidariti dan mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran sehingga memaksanya terpaksa membubarkan parlimen.

Ini dilakukan di sebalik nasihat Jabatan Meteorologi agar PRU15 tidak diadakan segera susulan risiko banjir. Penggal parlimen pula hanya akan tamat Julai tahun depan.

Pada 6 Oktober, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menteri-menteri daripada Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan surat kepada Istana Negara bagi menyatakan ketidaksetujuan melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada tahun ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pembangkang sepatutnya gembira dengan pembubaran Parlimen kerana mereka berulang-kali menuduh kerajaan hari ini sebagai pentadbiran yang tidak sah dan kerajaan ‘pintu belakang’.

“Pelbagai tuduhan dibuat oleh mereka tentang keabsahan kerajaan hari ini. Kalau macam tu eloklah kita bubarkan.

“Kita bagi rkayat tentukan kerajaan baru. Patutnya mereka seronok, tiba-tiba bila umum pembubaran, dia tak setuju, dia saman pula kerajaan dan minta mahkamah isytiharkan pembubaran itu tidak sah.

‘Kita pun tak faham apa dia nak,” katanya.

Ismail Sabri merujuk kepada saman pemula ahli Parlimen Klang Charles Santiago, yang mencabar kesahihan nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atas dakwaan perdana menteri tidak mendapat sokongan kabinetnya untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut, perdana menteri mendakwa pemimpin DAP itu sebenarnya bukan mencabar diri tetapi sebaliknya mencabar Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab kuasa terakhir putus adalah kuasa Agong. Saya boleh mohon perkenan, (tapi) kalau Agong kata tak boleh, tak bubarlah.

“Inilah jahatnya, DAP ini. Tak hormati dan setia kepada Agong. DAP dah dah tunjuk belang,” katanya. Mk

Saya patut pecat 12 menteri, tapi saya baik orangnya – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker