Klip video seksi tular, MIC menafikan terlibat

Klip video seksi tular, MIC menafikan terlibat

MIC menafikan parti itu terbabit dengan klip video TikTok wanita bersari menari seksi mengikut rentak lagu Tamil, dengan logo parti turut terpapar di bahagian atas klip itu, serta sebuah lagi klip meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional (BN).

Presidennya, SA Vigneswaran berkata, wanita dalam video itu bukan ahli MIC dan beliau menegaskan bahawa berkempen untuk pilihan raya dengan cara sebegitu bukan langkah yang bijak bagi parti.

“Ia suatu penghinaan kepada kecerdikan kita jika ada ahli berbuat demikian. Jelas ini cubaan oleh musuh kami untuk mencemarkan nama parti dengan klip TikTok.

“Saya tidak mahu menamakan sesiapa secara membuta tuli, namun taktik murahan seperti ini hanya menunjukkan ia datang dari musuh politik kami,” katanya kepada FMT.

Dalam klip berdurasi satu minit itu, wanita yang menggunakan nama “gayathrimoorthioficial2” di Tiktok, dilihat berpakaian seksi dengan bahagian tengah dan belakang busana itu terdedah, sambil menari seksi mengikut rentak lagu.

Pada bahagian atas klip itu, terpapar logo MIC dan logo BN bersebelahan tanda pangkah, manakala tertera “Tetap BN’ pada dua logo kecil.

Vigneswaran berkata, mungkin bukan wanita itu yang meletakkan logo MIC dan BN itu pada videonya, tetapi seteru politik lain yang menindihkan imej tersebut pada video itu memandangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sudah hampir.

“MIC tidak akan menggunakan kempen publisiti murahan dan taktik kotor sebegitu,” katanya.

“Masa depan negara dan kesejahteraan rakyat menjadi taruhan pada PRU15. Kami sedang berusaha keras mempertahankan komuniti India dan membantu mereka. Kami tidak terjebak dalam perkara mengarut seperti itu.” FMT

Klip video seksi tular, MIC menafikan terlibat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker