SPRM Perlu Persembahkan Hasil Siasatan Terhadap Nazlan Kepada Agong

Nazlan Sepatutnya Dedahkan Dalam Perbicaraan Kaitan Sebagai Kaunsel Dan Setiausaha Maybank

Oleh Tun Teja

ISU Nazlan sebenarnya cetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia. Siasatan SPRM telah mendedahkan isu konflik kepentingan dan pelanggaran etika kehakiman ketika Nazlan menjadi hakim perbicaraan rasuah SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan ‘Kes Nazlan’ kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Bagi mereka, situasi jelas menunjukkan Peguam Negara (AG) Idrus Harun bersikap lalai dalam siasatan sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat perbicaraan yang adil.



SPRM merupakan agensi bebas dan berkecuali. Ia diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah.

Oleh itu, SPRM harus mengambil inisiatif untuk memberi taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penemuannya mengenai dakwaan konflik kepentingan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes Najib-SRC yang dikatakan dimuktamadkan secara tergesa-gesa.

Ketika perbicaraan kes SRC Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya mengakui jawatan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berada dalam pengetahuan awam.

Apa yang dipertikaikan adalah Mohd Nazlan yang mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International dihadapi Najib mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan perkara itu kepada semua pihak dalam perbicaraan.



Ramai pihak kesal permohonan Datuk Seri Najib memasukkan bukti tambahan berkaitan Mohd Nazlan mengenai tindakan yang sepatutnya diambil oleh hakim terbabit telah ditolak. Ianya bukan untuk mempertikaikan maklumat mengenai jawatan yang pernah dipegangnya tetapi Nazlan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan beliau merupakan Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank ketika awal penubuhan SRC kepada semua pihak dalam perbicaraan.

Rakyat jelata merasakan alangkah baiknya jika Yang di-Pertuan Agong memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ke Istana Negara untuk mendapatkan maklumat secara langsung berkenaan Nazlan dan SRC. Dengan itu, Agong boleh memerintahkan Peguam Negara (AG) Idrus Harun untuk mendakwa Nazlan.

Keadilan untuk Datuk Seri Najib perlu diperjuangkan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker