Azmin Ali balun ‘bekas protege’, dakwa prestasi Selangor merosot

Bekas menteri besar Mohamed Azmin Ali mendakwa prestasi Selangor merosot selepas dia meninggalkan pejabat menteri besar pada 2018.

Azmin dikatakan telah memilih sendiri menteri besar sekarang Amirudin Shari sebagai penggantinya.

“Lepas saya tinggal (jawatan menteri besar) nampak merosot prestasi (Selangor).

“Jadi tanggungjawab saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor supaya Selangor akan terus membangunkan memberi manfaat semua rakyat selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas menghadiri Hari MITI 2022, di Gombak, hari ini.

Ditanya mengenai hubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri Selangor sebelum ini, Mohamed Azmin berkata ia dalam keadaan baik.

Mohamed Azmin juga ditanya mengenai kesediaannya untuk kembali memimpin Selangor.

“Terpulang kepada rakyat, saya di mana pun boleh.

Kita kalau benih yang subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung,” kata Azmin lagi.

Ahli majlis tertinggi Bersatu itu sebelum ini memenangi parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket PKR sejak tiga pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dia berpaling tadah daripada PKR semasa Langkah Sheraton pada 2020.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker