PRU15: Inilah masa untuk orang muda
PENGUMUMAN pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu memuktamadkan segala spekulasi berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sebalik tekanan dan saranan pelbagai pihak agar ia tidak dilakukan disebabkan musim tengkujuh.
Bagaimanapun, tarikh rasmi mengundi masih belum dimuktamadkan. Apa pun tarikh yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti, gelanggang demokrasi sudah dibuka dan kini terpulang kepada rakyat untuk memilih siapa bakal mendapat mandat mereka bagi membentuk kerajaan seterusnya.
PRU15 menjadi agak unik dan menarik. Ia bukan sahaja berlaku dalam suasana dan keadaan yang pelik (selain jatuh pada musim tengkujuh), PRU tersebut mungkin hanya melibatkan Parlimen sahaja memandangkan ada beberapa negeri enggan untuk ikut bubar seperti lazimnya di samping empat negeri – Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor – sudah pun melakukan pilihan raya masing-masing.
Paling menarik apabila PRU15 akan melibatkan pengundi muda dan baharu selepas Undi18 serta Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR) dikuatkuasakan. Untuk rekod, PRU15 akan mencatatkan pertambahan enam juta pengundi baharu menjadikan daftar pemilih meningkat daripada 14.9 juta pengundi ketika PRU14 kepada 22 juta.
Peningkatan signifikan itu sememangnya satu perubahan yang substantial dalam membesarkan ruang partisipasi dan hak berpolitik warga terutama anak muda.
Peningkatan jumlah orang muda (berumur 40 tahun ke bawah) menjadikan mereka kelompok terbesar yang akan memilih pada pilihan raya (sekitar 51 peratus).
Persoalannya, dengan kenyataan tersebut, apakah akan ada perubahan besar landskap politik negara dalam konteks orang muda?
Sejauh mana parti-parti politik responsif terhadap fenomena itu kerana dilihat masih ada kecenderungan parti politik mengekalkan orang lama sampai ke tahap mahu mengambil semula tokoh-tokoh veteran bertanding pada PRU15.
Bukankah ironi tindakan tersebut? Apakah terdesak sangat untuk menang dan mahu berkuasa sampai sanggup mengambil langkah sedemikian. Sepatutnya selepas kita meremajakan pengundian menerusi Undi18 dan AVR, parti-parti politik juga mesti turut diremajakan.
Bagaimana ia belaku? Pertama, parti perlu menampilkan lebih ramai calon muda pada pilihan raya. Kedua, pendekatan parti juga mesti berorientasikan fikrah dan selera orang muda.
Terakhir, yang paling penting adalah kerangka berpolitik harus membawa nuansa lebih moden, segar dan kreatif berteraskan persaingan ideologi, polisi serta dasar.
Mengapa begitu? Kerana suatu ketika dahulu perkara sebegitulah yang melahirkan ramai negarawan, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan lain-lain lagi.
Mereka diangkat menjadi pemimpin dalam usia muda kerana keberanian dan wawasan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Malangnya, hal itu jarang berlaku pada zaman berikutnya.
Bukan tidak ada pemimpin muda, ramai tetapi yang mengawal dan menentukan hala tuju serta kepimpinan parti adalah orang-orang lama.
Sudah lama negara ketandusan pemimpin yang progresif, berani dan kritis serta mampu berbahas dengan matang dan terbuka. Lihat sahajalah kualiti perbahasan Parlimen kita ketika ini. Hampir tiada perbahasan mampu menarik perhatian, melainkan hanya aksi-aksi tidak matang yang memualkan.
Kita sepatutnya tidak lagi terperangkap dengan konstruksi sosial yang melihat kepimpinan dari sisi umur melalui pakej matang dan pengalaman. Matang dan berpengalaman adalah sesuatu diperoleh menerusi proses masa yang panjang. Yang penting adalah kesediaan dan keberanian untuk membuka dan menunjukkan jalan.
Maka, PRU15 adalah masa orang muda kerana kepimpinan dalam sesuatu negara bangsa bukanlah tentang pilihan raya yang mendatang tetapi tentang generasi akan datang.
* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.