UK dilanda varian baharu Covid-19

LONDON: Satu varian baharu Covid-19 digelar sebagai Eris dilaporkan sedang melanda United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, pakar kesihatan menegaskan orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan penularan varian berkenaan.

Lapor Daily Mail, ketua Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi amaran varian Eris atau nama saintifik EG.5.1 merekodkan satu daripada tujuh kes baharu Covid-19 selepas mula dikesan di negara itu pada akhir Mei lalu.

Malah, bilangan kes kemasukan ke hospital juga semakin meningkat sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu mungkin berada di ambang dilanda gelombang baharu.

Namun, pakar mendakwa varian baharu itu tidak menunjukkan tanda lebih bahaya berbanding strain lain yang sedang menular termasuk varian Omicron.

Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa mereka sedang memantau rapat penularan virus itu.

Beberapa pakar membuat spekulasi kononnya ‘kesan Barbenheimer’ iaitu merujuk kepada tayangan filem Barbie dan Oppenheimer, serta cuaca buruk dan tahap imuniti rendah mungkin menyumbang kepada peningkatan jangkitan.

Ahli mikrobiologi dari Reading University, Dr. Simon Clarke berkata, ciri-ciri Covid akan terus berubah dan mengadaptasi.

“Jadi, kita tidak seharusnya berasa bimbang mahupun terkejut hanya kerana varian baharu muncul dan menyebabkan peningkatan kes jangkitan.

“Perlindungan diberikan oleh vaksinasi terhadap penyakit serius masih bertahan dengan baik, sementara bilangan kes jangkitan meningkat dan menurun serta kemasukan ke hospital dan kematian kekal rendah.

“Oleh itu, tiada sebab untuk berasa bimbang, tetapi melainkan penduduk sekali lagi dimasukkan ke hospital dalam jumlah besar dan berasa sukar untuk bernafas, orang ramai harus menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit, Profesor Paul Hunter berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan bagaimana varian Eris akan menjejaskan Britain.

Namun, katanya, varian EG. 5.1 ‘berkemungkinan menjadi dominan pada suatu ketika nanti dan dijangka meningkatkan jumlah kes jangkitan tetapi tidak secara mendadak’.

Baru-baru ini, UKHSA mengisytiharkan EG.5.1 sebagai varian baharu Covid selepas mula dibangkitkan sebagai `membimbangkan’ pada awal bulan lalu.

Ia merupakan varian kedua terbesar yang menyumbang hampir 15 peratus daripada semua kes Covid dilaporkan di Britain ketika ini.

Bilangan kes kemasukan ke hospital juga meningkat sebanyak 50 peratus sejak `kesan Barbenheimer’.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker