KWSP setuju bawa tuntutan i-citra kepada MOF – Asyraf

KWSP setuju bawa tuntutan i-citra kepada MOF – Asyraf

Pagi tadi saya telah mengadakan perbicangan hampir 2 jam bermula pukul 11 pagi bersama Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pengarah Eksekutif KWSP dan Encik Sazaliza Zainudin Ketua Pegarah Operasi, juga Encik Nurhisham Hussein Zainudin Ketua Pegarah Strategi KWSP mengenai isu #TuntutanRakyat khususnya permintaan rakyat untuk mengeluarkan caruman i-Citra secara pukal (one-off) minima RM10,000 dalam tempoh pandemik ini.

Dalam pertemuan tersebut, kami berbincang panjang mengenai beberapa perkara termasuk:

1. Hasrat rakyat terutamanya di kalangan M40 bahkan sebahagian besar T20 yang sudah jatuh ke peingkat B40 yang benar-benar berharap untuk dapat mengeluarkan caruman mereka pada kadar minimum RM10,000 secara pukal (lump sum) bagi memenuhi desakan hidup untuk melangsaikan pelbagai komitmen, hutang, bahkan memulakan kehidupan baharu akibat hilang punca pendapatan, dipotong gaji, dicutikan tanpa gaji akibat Pandemik.

2. Pihak KWSP juga menjelaskan pelbagai kekangan mereka termasuk bagi mengimbangi keperluan untuk memastikan jaminan simpanan hari tua pekerja tidak terjejas.

3. Mekanisme caruman dan takaful bagi melindungi pekerja-pekerja industri tidak formal atauy GIG ekonomi khususnya penghantar P-Hailing dan pemandu E-Hailling yang setakat ini tiada pembelaan dari segi kebajikan dan perlindungan.

Alhamdulillah, CEO KWSP telah memberikan komitmen untuk mempermudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menelusuri tempoh yang sukar ketika ini. Untuk itu beliau akan mengangkat isu ini untuk dipertimbangkan kelulusan oleh pihak Menteri Kewangan.

InsyaAllah, pihak KWSP juga bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO terutamanya Task Force Khas yang baru ditubuhkan kelmarin bersama dengan pihak Kesatuan Sekerja Malaysiam (MTUC) dan Kesatuan-Kesatuan yang mewakili pekerja muda P-Hailing dan E-Hailing.

Doakan agar #TuntutanRakyat mengenai i-Citra ini dapat segera dipertimbangkan untuk diluluskan oleh pihak Menteri Kewangan dan KWSP.

#TuntutanRAKYAT
#PemudaJurubicaraRakyat
#PemudaBantuRakyat
#PemudaTerasKebangkitan

ASYRAF WAJDI
KETUA PEMUDA UMNO

KWSP setuju bawa tuntutan i-citra kepada MOF – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker