Wanita taksub dengan kematian hadiri 200 pengebumian di seluruh dunia

EANE kerap menghadiri upacara pegebumia orang yang tidak dikenali. – Jeane Trend-Hill/SWNS

LONDON – Seorang wanita di Britain yang mempunyai minat terhadap kematian dan tanah perkuburan mendedahkan bahawa dia mengembara ke seluruh dunia untuk menghadiri 200 upacara pengebumian orang yang tidak dikenali, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Jeane Trend-Hill, 55, dari Islington, London mula menghadiri banyak upacara pengebumian selepas secara tidak sengaja menyertai upacara itu di sebuah gereja pada 2012.

Selepas menjadi pelawat tetap di sebuah tanah perkuburan tempatan, pekerja tempat itu meminta dia menghadiri upacara pengebumian individu sebatang kara.

Ramai orang tidak dikenali kini menghubungi Jeane untuk meminta dia menyertai upacara pengebumian bagi memastikan tiada sesiapa yang dikebumikan bersendirian.



“Saya tertarik dengan kematian sejak kecil. Kami sekeluarga akan pergi ke tanah perkuburan dan saya sering berjalan melihat semua kubur.

“Saya bangga menghadiri upacara pengebumian orang tidak dikenali yang tidak dihadiri oleh ahli keluarga mereka,” kata Jeane.

Disebabkan minatnya, Jeane turut meluangkan masa membersihkan dan mengemas tanah kubur.

Dia pernah melawat kubur di beberapa lokasi seperti di Paris dan Venice selain berjaya menamatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains mayat untuk menjadi ahli sejarah tanah perkuburan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker