Kerajaan stabil perlu untuk hadapi kemelesetan ekonomi – Zahid

Kerajaan stabil perlu untuk hadapi kemelesetan ekonomi – Zahid

Sebuah kerajaan kukuh dan stabil perlu dibentuk berikutan risiko kemelesetan ekonomi global semakin meningkat sepertimana jangkaan bank dunia, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ramalan Ketua Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa dunia bakal menghadapi kemelesetan ekonomi global itu juga antara faktor mendesak PRU15 perlu diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baharu yang stabil.



Zahid berkata, rakyat juga tidak boleh membiarkan Malaysia berada dalam keadaan kerajaannya terus dikelilingi ‘musuh dalam selimut’ untuk kepentingan politik semata-mata.

Beliau turut memberi contoh dengan menuduh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin menyerang kerajaan sendiri sekali gus mengundang sentimen negatif terhadap pelabur asing.

Bulan lalu, Muhyiddin menyarankan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Situasi itu andai berterusan tentu sukar kerajaan Malaysia bertindak sebagai sebuah pasukan membentengi negara daripada impak ‘recession’,” katanya di Facebook.



“Meskipun pelbagai dasar dan rancangan diatur untuk mendepaninya, pelaksanaannya berisiko tinggi gagal, tersasar dan terjejas angkara percaturan politik. Rakyat yang akan menanggung akibatnya, manakala yang licik merencana agenda politik mendapat manfaat besar daripada kemusnahan negara,” katanya.

Zahid turut meragui sikap pembangkang menentang PRU15 diadakan tahun ini dengan alasan keadaan ekonomi tidak stabil.

Beliau sebaliknya mendakwa taktik pembangkang mahu PRU diadakan tahun hadapan adalah kerana ingin melihat kerajaan campuran pimpinan Ismail terus digambarkan semakin gagal apabila ekonomi dunia mula meleset, seterusnya memberi kelebihan kepada mereka untuk dijadikan modal politik.

“Cukuplah, muslihat jahat itu harus dihalang dan kuasa kini di tangan rakyat untuk memastikan ancaman dalaman yang wujud diakhiri sebelum ramalan kemelesetan ekonomi global terjadi,” katanya.



Baru-baru ini IMF berkata risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia.

Isnin lalu, Ismail mengumumkan pembubaran Parlimen, namun ini mendapat tentangan beberapa pihak termasuk pembangkang yang menganggapnya tidak sesuai dilakukan tahun ini disebabkan musim tengkujuh. FMT

Kerajaan stabil perlu untuk hadapi kemelesetan ekonomi – Zahid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

One Comment

  1. Umno dan BN dalam menghadapi PRU15 berkeyakinan besar yang mereka akan menang dan kembali mentadbir Putrajaya. Berbekalkan kemenangan di PRN Melaka dan Johor, mereka tidak sabar2 mahu menghadapi PRU15 dan mengambil alih Putrajaya sepenuhnya. Bagi pendapat saya, ia tidak semudah itu dan kemengangan PRN Melaka & Johor bukanlah petunjuk sebenar. Umno dan PN adalah parti melayu terbesar, sudah pasti mereka akan memecahkan undi orang melayu dibanyak tempat. Undi bukan melayu, sudah pasti majoritinya akan pergi ke PH. Saya merasakan PH ada peluang cerah untuk menang dikebanyakan kerusi Melayu selain Kelantan dan Terengganu, sama seperti PRU14 dimana Umno dan PAS sekiranya bergabung, mereka boleh menang di 31 kerusi parlimen. Sikranya Umno dan PAS bergabung kali ini, saya yakin Putrajaya dalam cengkaman mereka dan mungkin boleh dapat 2/3.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker