Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
Ekonomi global dalam keadaan ‘bahaya’ untuk menghampiri kemelesetan selepas data inflasi menunjukkan peningkatan, kadar faedah juga terus meningkat dan bebanan hutang terus melonjak di negara sedang membangun, demikian menurut Presiden Bank Dunia, David Malpass.
“Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2023 daripada 3.0 peratus kepada 1.9 peratus iaitu menghampiri paras kemelesetan global,” kata Malpass pada sidang media ketika mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
“Semua masalah telah diberikan perhatian. Isu inflasi, kenaikan kadar faedah dan penurunan aliran modal ke negara sedang membangun juga terjejas sangat teruk,” katanya yang merujuk kepada peningkatan hutang di negara-negara sedang membangun.
“Kemelesetan ekonomi boleh berlaku dalam keadaan tertentu,” kata Malpass.
Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.
Pada sidang media berkenaan, ketua Bank Dunia berkata, pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan 1.1 peratus setahun.
“Jadi, jika pertumbuhan dunia perlahan, ia bermakna kita akan mundur,” kata Malpass bagi menjawab soalan dikemukakan Xinhua.
Memetik laporan Bank Dunia baru-baru ini, Malpass berkata, pandemik COVID-19 telah menyebabkan penurunan terbesar dalam pengurangan kemiskinan global sejak 1990, membawa kira-kira 70 juta orang ke dalam kemiskinan tegar menjelang 2020, dan perang di Ukraine memberi ancaman untuk menjadikan keadaan lebih buruk.
Menurut laporan kemiskinan dan kemakmuran bersama, hasil median global menurun sebanyak 4.0 peratus menjelang 2020, penurunan pertama sejak pengukuran pendapatan median bermula pada 1990.
“Jadi, jika kita mengalami kemelesetan hari ini, ia juga akan memberi tekanan kepada pendapatan median. Ia bermaksud, mereka yang berada di bawah skala pendapatan akan menurun,” kata Malpass. BH
Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
Baca Artikel Menarik:
- Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?
- Saman kerana bubar Parlimen tindakan derhaka kepada Agong
- Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail
- Battersea Power Station kejayaan kerajaan BN
- Anwar malas layan Mahathir
- Mahathir buat-buat tak tahu
- Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
- Bayaran tol enam lebuh raya Lembah Klang bakal turun
- PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN
- Tak mustahil Sanusi menghadap Sultan mohon bubar DUN Kedah
- PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?
- Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid
- Abang beri 2 sebab utama Ismail Sabri bubar parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
100 anggota polis sujud mohon maaf
PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki