Amirudin putar belit pertemuan dengan Sultan Selangor – Puad

Amirudin putar belit pertemuan dengan Sultan Selangor – Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menuduh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memutar belitkan hasil pertemuannya dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

ADUN Rengit itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan Amirudin itu adalah biadap, menteri besar dan juga PKR mesti memohon maaf kepada Sultan Selangor atas ketelanjuran mereka.



Terdahulu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata, laporan media mengenai keputusan tidak membubarkan DUN Selangor adalah kurang tepat.

Katanya, Amirudin yang juga naib presiden PKR tidak pernah meminta perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan DUN negeri itu ketika mengadap baginda pada 11 Oktober lalu.

Amirudin pada Selasa lalu berkata, Sultan Selangor mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan penggal pemerintahan. Ini bermakna pilihan raya DUN Selangor akan diadakan pada tahun depan.

Puad berkata, ini bukanlah kali pertama PKR melakukan perkara seperti itu di Selangor termasuk langkah Kajang yang menumbangkan bekas menteri besar, Khalid Ibrahim pada 2014.



Langkah itu diatur pengarah strategik PKR ketika itu, Rafizi Ramli dalam usaha menumbangkan Khalid dan menggantikan beliau dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Langkah Kajang mencetuskan ketidakstabilan politik di Selangor dan tindakan itu semata-mata memenuhi cita-cita politik peribadi,” kata Puad yang menambah ia adalah langkah pendek Rafizi untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri.

Langkah Kajang akhirnya berkesudahan Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar selepas Khalid hilang sokongan di dewan DUN. FMT

Amirudin putar belit pertemuan dengan Sultan Selangor – Puad




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker