Agbonlahor dakwa Klopp ‘cepat koyak’, macam budak kecil

Agbonlahor dakwa Klopp ‘cepat koyak’, macam budak kecil

London: Gabby Agbonlahor menghangatkan perbalahan dengan Jurgen Klopp dengan melabel pengurus Liverpool itu sebagai ‘budak kecil’ susulan kritikannya terhadap bekas pemain tengah Reds, Didi Hamann.

Bercakap menjelang perlawanan Liverpool menentang Rangers pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi ini, Klopp menyindir Hamann selepas rakan senegaranya mendakwa tempoh Klopp sebagai bos di Anfield hampir berakhir.



Kini, Agbonlahor mendakwa tindakan Klopp menyindir itu membuktikan dia hilang kawalan dan ‘cepat koyak dalam tekanan.’

“Saya fikir, Jurgen Klopp seperti budak kecil,” kata Agbonlahor kepada talkSPORT Breakfast.

“Didi Hamann memenangi UCL untuk Liverpool, memiliki karier hebat, jika dia tidak boleh bercakap mengenai Liverpool, siapa yang boleh bercakap?

“Adakah hanya Robbie Fowler, Ian Rush, Steven Gerrard, atau segelintir pemain tertentu yang boleh bercakap mengenai Liverpool?



“Saya fikir Jurgen Klopp hilang keyakinan, dia cepat melatah dalam tekanan.”

Berlaku permusuhan terbuka antara Klopp dan Agbonlahor sejak Ogos lalu sebelum Liverpool tewas kepada Manchester United.

Agbonlahor mengkiritik United selepas dimalukan 0-4 oleh Brentford dan berkata: “Jika saya ada dalam pasukan mereka, selepas perlawanan ini, saya akan terfikir, ‘Anda tahu tak, Ten Hag, sila berkemas barang.’

“Dia membuat latihan pramusim tetapi bermula dengan celaru, mereka seperti orang asing di tengah padang.”



Tetapi, Klopp mengingatkan Agbonlahor bahawa dia berada dalam skuad Villa yang dibelasah 0-6 oleh Liverpool di Villa Park pada Februari 2016 dan mempersoalkan kekuatan mentalnya pada hari itu – apabila dia digantikan selepas minit ke-58 dan Villa tersingkir pada hujung musim.

“Apa yang diperkatakannya mengenai United, saya hampir menghubunginya dan menyatakan, ‘kamu sudah lupa sepenuhnya bahawa kamu bekas pemain bola sepak’,” kata Klopp. HM

Agbonlahor dakwa Klopp ‘cepat koyak’, macam budak kecil


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker