Sistem dua parti jamin kerajaan lebih stabil

Sistem dua parti jamin kerajaan lebih stabil

Sistem pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini, membabitkan sistem pelbagai parti politik perlu diubah kepada sistem dua parti bagi menjamin kestabilan pentadbiran kerajaan yang mentadbir.

Penganalisis politik, yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Nordin Kardi, berkata sistem dua parti dapat meminimumkan kemungkinan pertukaran kerajaan berlaku sebelum tamat tempoh sesebuah penggal, yang disebabkan oleh permainan atau strategi politik.

Beliau berkata, melalui sistem dia parti itu, perubahan pemimpin utama hanya boleh berlaku jika ada kesalahan tata tertib atau jenayah melalui pertuduhan mahkamah (impeachment), namun tidak akan mengubah parti yang menubuhkan kerajaan.

“Dalam sistem yang membenarkan pelbagai parti, suatu parti yang hanya menang satu kerusi sahaja pada saat genting dan tak stabil boleh menjadi kuasa memutus yang secara hipotetikal.

“Pelbagai parti kecil boleh membentuk gabungan bagi memperoleh majoriti mudah menubuhkan kerajaan.

“Bayangkan apa akan terjadi selepasnya, yang mana kestabilan kerajaan dalam keadaan sedemikian hampir mustahil selagi manusia kekal dengan sifatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Prof Nordin berkata, sistem pelbagai parti dilihat terlalu rosak (defective) dan mudarat apabila pada andaiannya melahirkan ahli politik yang tidak semuanya menawar khidmat untuk berbakti secara ikhlas kepada tanah air dan anak bangsa.

Beliau berkata, sistem dua parti berkonsepkan ‘either or’ (sama ada, atau) bagaimanapun diakui bukan mutlak tanpa kecelaan.

“Amat benar secara prinsipnya boleh juga berlaku keadaan 50-50, namun kemungkinan itu sangat tipis atau ‘remote’ (jauh) dengan jumlah besar kerusi, misalnya 222 berbanding sistem pelbagai parti sekarang.

“Cadangan ini juga bukan mutlak tanpa kecacatan. Diharapkan juga supaya ditimbang suatu sistem lain yang lebih berkemampuan menyediakan kerajaan stabil untuk rakyat secara jangka panjang sambil tetap mempertahankan sistem demokrasi,” katanya. BH

Sistem dua parti jamin kerajaan lebih stabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker