Saya cukup tersinggung – Neelofa

Saya cukup tersinggung – Neelofa

Pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui terkilan dengan seorang pengguna TikTok yang sewenang-wenangnya merakamkan video anaknya, Muhammad Bilal dan memuat naik di platform media sosial tersebut.

Kata Neelofa, tindakan individu terbabit secara tidak langsung telah mencabul ruang privasinya dan keluarga.



“Sebagai ibu, saya tersinggung dengan perkara itu. Kalau nampak, nampaklah. Tetapi, jangan sampai rakam dan muat naik di media sosial.

“Saya tidak akan halang. Tetapi, tolong hormati saya dan suami sebagai ibu bapa Bilal. Kenapa nak buat sesuatu yang saya, sebagai ibu tidak buat lagi?,” luahnya ketika ditemui selepas sesi sidang media rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, petang tadi.

Neelofa mengulas mengenai rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok ketika mereka berada di sebuah klinik di ibu negara, baru-baru ini.

Tambah bekas pengacara program Meletop itu, dia berharap masyarakat memahami sebab musabab dia merahsiakan identiti Bilal dan memohon ruang privasi dia serta keluarga dihormati.



“Saya sudah banyak sangat bercakap tentang perkara ini. Cukuplah, saya sudah penat. Banyak aktiviti dan program di luar sana melibatkan saya dan keluarga nanti.

“Kalau terserempak, saya tidak akan sorok. Tetapi, saya mohon hormati privasi saya dan keluarga. Saya dan suami sudah rancang untuk berkongsi wajah Bilal apabila tiba masa yang sesuai nanti,” ujarnya. Utusan

Saya cukup tersinggung – Neelofa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker