Rauf, Sulaiman antara nama dijangka lawan Mas Ermieyati di Masjid Tanah

Rauf, Sulaiman antara nama dijangka lawan Mas Ermieyati di Masjid Tanah

MELAKA: Kerusi Parlimen Masjid Tanah antara yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana bakal menyaksikan saingan antara nama besar politik negeri.

Penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 sebelum bertukar parti, bakal berhadapan calon yang dikatakan berpengaruh.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menyaingi Mas Ermiyati yang dipercayai akan mempertahankan kerusi itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan ADUN Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang menyertai BERSATU pada 13 Disember 2018, dijangka mempertahankan kerusi berkenaan mewakili Perikatan Nasional (PN).

Turut disebut sebagai calon Parlimen Masjid tanah ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Pemuda Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Turut menjadi tumpuan pada PRU kali ini adalah kerusi Parlimen Jasin apabila penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Hamzah sebelum ini mengumumkan hasrat tidak akan bertanding semula pada PRU15.

Antara yang disebut-sebut akan dicalonkan di kerusi terbabit termasuklah Ketua UMNO bahagian, Datuk Hasan Abd Rahman; timbalannya, Datuk Roslan Ahmad serta Ketua Pemuda UMNO bahagian yang juga ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dr Muhamad Akmal menerusi satu wawancara sebuah portal berita malam tadi, tidak menolak untuk menerima cadangan pucuk kepimpinan parti sekiranya ditawarkan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15 ini. BH

Rauf, Sulaiman antara nama dijangka lawan Mas Ermieyati di Masjid Tanah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker