Indonesia akui sukar tumpaskan militan Jemaah Islamiyah
Indonesia akui sukar tumpaskan militan Jemaah Islamiyah
Hari ini genap 20 tahun tragedi pengeboman di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang, termasuk pelancong asing dari pelbagai negara.
Kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikaitkan dengan rangkaian al-Qaeda bertanggungjawab dalam insiden itu dan sehingga kini, organisasi keganasan itu belum ‘dapat dihapuskan sepenuhnya’ di Indonesia biarpun pelbagai langkah diambil untuk menyekat pergerakannya.
Pengarah Agensi Kawalan Keganasan Kebangsaan Indonesia (BNPT), Ahmad Nurwakhid mengakui, pergerakan JI sudah ‘meresap’ jauh ke dalam kehidupan masyarakat negara ini dan sukar untuk ‘dihilangkan’.
Katanya, kumpulan militan itu mempunyai kepakaran dalam menyebarkan ideologi salah mereka kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran.
“JI berubah mengikut peredaran masa. Bermula dengan kumpulan yang kecil, kini JI sudah menjadi organisasi yang sukar ditumpaskan.
“Kita ingat semua orang penting JI sudah ditahan, namun masih ada saki bakinya yang masih bertahan dan pada masa sama, meneruskan perjuangan kumpulan itu,” katanya.
Kaedah paling banyak dan mudah digunakan untuk kumpulan pengganas itu menyampaikan ideologi dan sentimen mereka adalah menerusi badan amal.
Kegiatan kumpulan itu digerakkan dengan dana yang dikumpul menerusi kononnya badan amal yang tidak disedari kebanyakan masyarakat Indonesia.
Keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan pihak berkuasa di negara ini untuk mengesan pergerakan kumpulan militan berkenaan.
Di sebalik operasi pembanterasan besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa, JI masih bergiat aktif, malah sering menghantar anggotanya untuk ‘berjihad’ di Syria.
Nama JI mula menjadi perhatian pelbagai pihak susulan pengeboman yang berlaku di Bali pada Oktober 2002. Utusan
Indonesia akui sukar tumpaskan militan Jemaah Islamiyah
Baca Artikel Menarik:
- Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU
- Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi
- IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
- Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
- Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii
- Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur
- PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi
- Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15
- Nizar diramal jadi calon di Pekan
- Ini semua salah lanun bola – TMJ
- Campur tangan lantikan hakim, wajarkah Mahathir disiasat?
- Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan
- Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]
Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun